Ahad, 2 Ogos 2009

Perkataan "Terima Kasih" dalam Bahasa Rungus.

Mungkin anda masih ingat tulisan (blog post) saya berberapa minggu yang lalu. Ianya berkenaan seorang gadis Rungus yang berperawakan menarik dan baik hati telah membantu saya untuk mengatasi masalah banner untuk blog ini. Saudari Judika telah menghasilkan banner yang menarik dalam blog ini.

Sudah tentu saya sangat menghargai sumbangan dan bantuan beliau. Satu-satunya cara untuk saya menyatakan rasa "terima kasih" untuk beliau ialah dengan membuat blog post mengenai kemahiran beliau ini.

Sebagai seorang yang berbangsa Rungus saya sering kali amat teringin untuk menyatakan perkataan "terima kasih" ini dalam bahasa Rungus. Malangnya sehingga hari ini saya masih tercari-cari dan belum menemui makna tepat perkataan "terima kasih" dalam bahasa Rungus.

Maka saya tertanya-tanya apakah orang Rungus tidak ada perkataan yang sesuai untuk menyataakan perasaan senang hati atau penghargaan mengenai apa-apa bantuan, pertolongan dan pemberian daripada sesorang kepada kita? Apakah orang Rungus begitu miskin bahasa sehinga perkataan "terima kasih" yang saya kira begitu penting ini tidak ada dalam bahasa Rungus?

Saya telah membuat kajian dan penyelidikan mengapa perkataan "terima kasih" ini tidak ada dalam bahasa Rungus dan satu-satunya penjelasan yang saya perolehi dan masuk akal kepada saya ialah penjelasan dan penerangan yang dibuat oleh Rungus Today dalam blog beliau ROGOP. Penulis yang nama penanya Rungus Today ini menjelaskan dengan begitu teliti mengapa perkataan "terima kasih" ini tidak terdapat dalam bahasa Rungus.

Berikut saya muat turunkan penjelasan penuh Saudara/Saudari Rungus Today ini untuk santapan minda anda.

Tajuk: Rungus Bangsa Teladan.
Oleh: Rungus Today
Pautan: http://rogop.blogspot.com

Apabila merujuk kepada istilah seharian orang rungus, kita dapati dua perkataan dominan dalam bahasa Melayu tidak terdapat dalam bahasa rungus. Istilah itu ialah istilah ' minta maaf' dan istilah 'terima kasih' Kenapakah istilah ini tidak terdapat dalam kamus bahasa rungus?

Jawapannya sangat mudah. Bangsa rungus adalah bangsa yang sangat disegani dan ditakuti di utara Sabah pada suatu ketika dahulu. Kesultanan sulu tidak berani mendirikan kota pemerintahan di utara Berneo yang meliputi kudat, Kota Marudu, Matunggong dan tupak (Pitas) kerana mereka sangat kagum dengan keberanian orang rungus. pegangan agama labus yang diwarisi sejak nenek moyang menjadi dasar kepada kekuatan orang rungus. dalam agama labus, suku rungus dituntut agar tidak melakukan sebarang kesalahan seperti mencuri, berzina, merosakkan harta benda dan sebagainya yang dilarang menurut kepercayaan labus. Fakta ini menyumbang kepada kekuatan disiplin dan jati diri bangsa rungus sehingga tidak perlu meminta maaf kepada sesiapa pun kerana rungus adalah bangsa yang tidak sekali-kali menganiaya dan memudaratkan bangsa sendiri dan bangsa lain. Justify Full

Begitu juga dengan amalan berhutang, bangsa rungus sejak dari nenek moyang lagi ditegah untuk berhutang dari orang lain apatah lagi merampas harta orang lain. Sekiranya tidak mempunyai apa-apa, bangsa rungus menerusi agama labus lebih rela meminta secara terus terang daripada berhutang atau mencuri. Sebab itulah tidak terdapat istilah terima kasih dalam bangsa rungus. Bagi bangsa ini jika hendak memberi biarlah pemberian itu secara ikhlas, jika tidak mahu memberi diberitahu secara terus terang. nenek moyang rungus juga mengajar generasinya untuk tidak termakan budi dari orang lain kerana agama labus mengajar rungus untuk tidak mengharapkan orang lain dan tiada istilah terima kasih kerana budi yang diberikan.

Inilah keistimewaan bangsa rungus yang kian rapuh ditelan zaman penjajahan minda dari seberang laut bermula dengan British, Jerman, Jepun dan seterusnya Malaya. Bangsa rungus tidak akan dapat dipulihkan lagi seperti kepercayaan agama labus suatu ketika dahulu. Tanah rungus juga semakin kecil dan terpisah-pisah kerana faktor penjajahan fizikal dan penjajahan minda. Bangsa rungus sewajarnya berjuang untuk memertabatkan bangsa ini supaya tidak terus ketinggalan dari segi ekonomi, pendidikan, infrastruktur, budaya dan yang lebih penting ialah pemeliharaan agama labus itu yang kian tipis hari demi hari.

Para pemimpin rungus perlu memikirkan inisiatif untuk mendirikan sekolah khas untuk bangsa rungus seperti mana yang berlaku kepada SDA, RC dan beberapa kumpulan minoriti di Malaysia. Tiada guna pemimpin jika hanya mencari kekayaan untuk diri sendiri sedangkan bangsa sendiri terperosok dalam arus kemiskinan. Dimanakah pemimpin Rungus N4 Matunggong? Pembaca yang ada hubungan rapat dengan pemimpin yang berkaitan sewajarnya membantu merungkai persoalan ini demi masa depan bangsa rungus.

Penulis sangat yakin jika pemimpin rungus bersatu. tidak akan ada bangsa rungus terpinggir pada tahun 2020.

Pandangan saya: Bahasa adalah sesuatu yang boleh berubah mengikut kesesuaian masa dan ketika. Bahasa adalah hidup dan boleh mengecil atau berkembang. Sudah tentu kita boleh mencipta satu perkataan yang boleh diterima umum oleh seluruh bangsa Rungus untuk perkataan terima kasih ini. Kita perlu merujuk kepada orang-orang tua dalam kalangan kaum Rungus untuk mencipta perkataan "terima kasih" dalam bahasa Rungus.

3 ulasan:

  1. Terima kasih adalah salah satu cara untuk menyampaikan ekspresi diri betapa kita menghargai di atas kebaikan hati dan budi pekerti seseorang. Dalam bahasa Rungus memang tidak ada perkataan perkataan seumpamanya yang serupa dengan perkataan 'terima kasih' tetapi ini tidak bermaksud masyarakat Rungus adalah masyarakat yang tidak berbudi bahasa.

    Terima kasih boleh diungkapkan dengan pelbagai cara, tidak semestinya dengan ucapan secara langsung, sebaliknya disampaikan dengan pelbagai cara sama ada secara simbolik (perbuatan, gerak geri badan) mahupun dengan penggunaan bahasa terbalik.

    Persoalan yang paling utama adalah apa bila kita mengucapkan perkataan 'Terima Kasih' adalah, sejauh mana significan 'terima kasih' yang kita ungkapkan itu, sama ada ianya ikhlas atau sebaliknya bergantung kepada motif individu itu sendiri.

    Secara umumnya saya bersetuju dengan ROGOP. Well Done!

    BalasPadam
  2. Betul juga, perkataan pinjaman dari bahasa melayu (terima kasih) yang di-Runguskan (torima kasih) sehingga hari yang bangsa kita gunakan. Mungkin pakar bahasa boleh kaji perkara ini. Lihat saja pada buku Longoi PCS, yang lagu 'monorima kasih'. Memang tiada dalam bahasa kita.

    Memang banyak istilah2 yang tidak terdapat dalam bahasa Rungus, apatah lagi istilah2 moden. Kamus bahasa Rungus-bahasa Inggeris yang dikompilasikan oleh penyelidik George N. Appell dan Laura W.R Appell pada tahun 1961, juga tidak mempunyai perkataan terjemahan 'thank you' dalam bahasa Rungus. Perkataan 'minta maaf' juga tiada.

    Walaubagaimanapun, keadaan zaman sekarang berubah dengan asimilasi bahasa dan budaya. Penjelasan ROGOP ada logiknya juga.

    BalasPadam
  3. Betul jga, adakah bahsa "terima kasih" ialah bahasa malay.? apa yg kita tahu pada zaman British menduduki borneo, Kaum Rungus mempelajari firman Tuhan dari Mubalig dari Barat.. apakah malay sudah menduduki Kudat pada era sebelum British datang ke Borneo yg mejoritinya kaum Rungus.?

    setiap terjemahan dalam Lagu Rohani PCS ialah berasal dari bahasa English bukan bahasa malay..

    Mana mungkin Mereka ( Penerjemah ) lagu Rohani PCS menggunakan bahsa Malay..

    adakah pada waktu itu masyarakat Rungus sudah mengatahui Bahasa Malay.?

    BalasPadam

Note: Jika maklumat ini berguna sila share dalam FACEBOOK anda atau GOOGLE+ anda. Terima Kasih