Bekalan Alcohol Di Kota Kinabalu Berkurangan!!!

tiger beer supplierBaru-baru ini terdapat desus-desas mengatakan bekalan beer terutamanya Tiger Beer di Sabah khususnya di Kota Kinabalu berkurangan. Berita ini sudah tentu bukanlah sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh mereka-mereka yang meminati beer atau alcohol.

Crew sunduvan.com telah sempat menemubual berberapa pemilik kedai minum dan telah diberitahu bahawa memang benar bekalan beer atau alcohol di Kota Kinabalu amat terhad ketika ini. Ini kerana terdapat operasi besar-besaran oleh pihak Kastam di Labuan yang mengurangkan kemungkinan beer atau alcohol diseludup keluar, seterusnya memutuskan bekalan beer di kedai-kedai minum di seluruh Sabah.

Selanjutnya crew sunduvan.com juga berpeluang menemubual pihak Kastam dan telah diberitahu bahawa memang benar Kastam sedang melakukan pemantauan rapi dan teliti mengenai hal ini berikutan banyak aduan awam mengenai beer yang diseludup keluar dari pulau bebas cukai iaitu Pulau Labuan.

Kepada pengemar-pengemar beer, diharapkan anda bersabar. Mari kita anggap sebulan dua ini sebagai bulan tanpa alcohol dalam hidup kita. Mungkin juga ada kebaikannya kekurangan beer ini dalam hidup kita. Ianya baik untuk kesihatan hidup kita dan juga kesihatan poket kita.

Apa pun kita berharap supaya keadaan ini tidak berlanjutan. Kawalan ketat seperti ini hanya akan mengalakkan lagi kegiatan penyeludupan beer pada masa akan datang dan kawalan ketat seperti ini tidak menjamin peminat-peminat beer untuk beralih kepada beer yang 'Malaysian Duty Paid' di Sabah. Bulan ini ialah 'Bulan Tanpa Beer'
Load disqus comments

0 ulasan