(Taktik Baru)Sendikit Dadah Antarabangsa Guna Facebook Cari pengedar!!!

African Drug MulesFacebook kini digunakan oleh sendikit dadah atarabangsa untuk mencari pengedar baru menurut laporan Kementerian Luar Malaysia.

Menurut Timbalan Menteri Luar Malaysia Datuk Richard Riot Jaem, sendikit ini menjanjikan banyak habuan kepada pelajar-pelajar perempuan di universiti untuk mengedar dadah untuk mereka.

Kementerian itu melaporkan bahawa kajian yang dijalankan mendapati kebanyakan mangsa adalah mereka yang berkawan dengan anggota sendikit terutamanya yang berasal dari Afrika.

Mangsa kemudianya akan ditawarkan percutian keluar negara terutamanya di China, Jepun dan Amerika.

Dalam kebanyakan kes, anggota sendikit yang terlibat kebanyakannya berasal dari Nigeria dan Afrika Selatan.

Kepada kaum ibubapa diluar sana sila pantau dengan teliti dengan siapa anak-anak anda berkawan. Ini untuk mengelakkan anak anda daripada terjebak dan menjadi mangsa kepada kumpulan sendikit dadah antarabangsa ini.

Sunduvan: Akhir-akhir ini banyak kolej-kolej swasta di Malaysia giat mencari pelajar dari benua Afrika. Kita bimbang jika perkara ini tidak dipandau dengan sempurna, mungkin pelajar-pelajar dari Afrika ini sebenarnya anggota sendikit dadah antarabangsa.
Load disqus comments

0 ulasan