(Terkini)Sabah People's Front Party (SPF) Berman Angkap

Sebuah parti politik baru yang didaftarkan dengan nama Sabah People's Front Party (SPF) telah diberikan kelulusan oleh Registrar of Society (ROS) pada 8 December 2010.

Presiden Sabah People's Front Party (SPF) Berman Angkap mengumumkan mengenai parti SPF sekembalinya beliau dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu semalam 15 December 2010 dalam satu sidang akhbar pertama beliau untuk Sabah People's Front Party (SPF) di Kota Kinabalu semalam.

Dalam sidang akhbar tersebut, presiden SPF Berman Angkap membayangkan dan menekankan kemungkinan Sabah People's Front Party (SPF) akan beroperasi dan bergerak sebagai parti pembangkang di Sabah.

Walau bagaimanapun beliau tidak ada mendedahkan kemungkinan SPF party akan berkerjasama dengan mana-mana parti pembangkang yang lain. Menurut beliau spekulasi seperti itu masih terlalu awal dan lebih baik usaha difokuskan kepada menubuhkan cawangan parti di semua 60 kawasan pemilihan di Sabah.

Sementara itu dalam sidang akhbar yang sama Sabah People's Front Party (SPF) presiden Berman Angkap menegaskan bahawa SPF party akan bertanding dalam pilihanraya yang akan datang. Bagaimanapun beliau tidak pula menyatakan jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh SPF nanti.

Menurut Berman Angkap, Sabah People's Front Party (SPF) akan mengiatkan usaha pertama iaitu mendapatkan ahli seramai 50,000 terutama dari golongan generasi baru secepat mungkin. Beliau juga berharap 38,000 ahli BERSEKUTU akan menyertai parti SPF ini.

Dalam sidang akhbar yang sama Berman Angkap turut mengumumkan pembubaran parti BERSEKUTU di Sabah.
Load disqus comments

0 ulasan