(Video)Daphne Iking Dan Jojo Struys Kempen Payudara, The Pink Project

The Pink Project PSA 2010 - Daphne Iking from Sanjit Randhawa on Vimeo.


Nampak gaya Daphne Iking kembali lagi, tetapi kali ini dalam arena khidmat masyarakat dalam Kempen Payudara, The Pink Project. Syabar kepada artis-artis kita yang semakin berminat untuk terlibat dalam kerja-kerja kemasyarakatan.

Ini merupakan pesanan khidmat masyarakat. Video The Pink Project, promo kempen pencegahan kanser payudara ini mula ke udara di laman-laman Vimeo sejak 8 hari yang lepas menampilkan beberapa selebriti wanita terkenal seperti Daphne Iking & Jojo Struys.

Kandungan video kempen ini lebih kepada mengingatkan orang kesayangan anda agar menjalani pemeriksaan payudara, iaitu mamogram untuk mengesan lebih awal tanda-tanda kanser membunuh ini.

Lebih 57% pembaca OHBULAN! terdiri daripada wanita, dan kami sayangkan anda. Buangkan perasaan malu dan jalani pemeriksaan payudara sebelum terlambat. Ajak sekali ibu atau saudara yang berumur dalam 40-an, kerana mereka lebih berisiko menerima kanser payudara. Tonton Jojo Struys, Naz, Stephanie Chai & Deborah berkempen untuk The Pink Project selepas ini.
Load disqus comments

0 ulasan