DBKK Garbage Truck

Saya sedang memandu di jalan Tuaran By-Pass Kota Kinabalu pagi ini dan terpaksa pula memecut untuk overtake sebuah DBKK garbage truck yang mengeluarkan bau yang begitu kurang menyenangkan dan juga exhaust pipe truck tersebut mengeluarkan begitu banyak asap sehingga menutup penglihatan pengguna jalan raya yang berada di belakang.

Tidak tahan dengan bau dan asap dari truck DBKK tersebut saya terpaksa mengambil keputusan untuk overtake DBKK garbage truck tersebut.

Dengan kesesakan jalan raya yang begitu teruk (bumper-to-bumper) memanglah agak merbahaya atau dangerous tetapi tidak ada pilihan yang lebih baik.

Persoalannya ialah apakah DBKK is facing financial problem dan tidak boleh hantar truck-truck tersebut menjalani body and engine services atau kerana kelalaian atau disengajakan?

Rasanya this issues need to be properly looked into by the top management of DBKK. Keadaan garbage truck yang bukan sahaja usang dan tidak selamat digunakan harus menjalani pembaik pulihan atau rehabilitation agar ianya selamat digunakan, tidak mencemar alam dan tidak merbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain. Ianya juga jika tidak dipandang serius bakal mencemar dan membantutkan usaha untuk menjadikan Kota Kinabalu as a gateway to many tourism destination di Sabah.

Saya gagal mengambil gambar truck yang dimaksudkan. Next time mesti saya akan usahakan lagi dan update di blog ini untuk makluman anda.
Load disqus comments

0 ulasan