Dime Pendalaman Resort (DPR) Crocker Range

Dime Pendalaman Resort (DPR)Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Keningau di Sabah mengambil masa lebih kurang 2 jam. Terdapat 2 jalan yang boleh dilalui untuk sampai ke Keningau iaitu jalan yang menghubungkan Kota Kinabalu dengan Keningau melalui Gunung Emas di Tambunan atau jalan melalui Kimanis ke Keningau, merentasi Banjaran Crocker (Crocker Range).

Kedua-dua jalan ini merentasi Banjaran Crocker yang tinggi tetapi jika anda berada di puncak anda boleh menikmati pemandangan yang indah.

Dari puncak Crocker Range anda boleh melihat South China Sea dan juga hutan simpan (forest reserve) yang indah dan sering dilitupi kabus.

Walau bagaimanapun anda memerlukan kenderaan yang baik untuk sampai ke puncak Crocker range kerana laluan mendaki agak panjang dan tinggi. Keadaan engine dan brake system yang tidak baik akan mengundang masalah kepada anda kelak.

Baru-baru ini saya berkunjung ke Keningau melalui jalan Kimanis-Keningau. Saya mendapati ada sebuah resort yang baru di puncak Crocker Range, memiliki nama yang agak menarik iaitu Dime Pendalaman Resort (DPR). Saya tidak begitu pasti bagaimana pemilik resort ini telah memperolehi nama Dime Pendalaman Resort (DPR) ini.

Apapun kedudukan resort ini agak strategik. Ianya terletak betul-betul di puncak Crocker Range di antara Kimanis dan Keningau.

Jika anda mahu bercuti di Keningau anda boleh membuat tempahan hotel melalui online. Sila layari Senarai Hotel dan Resort di Keningau untuk membuat tempahan hotel anda.

Suhu di kawasan ini juga agak sejuk dan sentiasai dilitupi kabus pada sebelah petang. Kepada anda yang yang ingin mencuba bermalam di puncak Crocker Range di Sabah anda boleh menginap di resort DPR ini.
Load disqus comments

3 ulasan