Tamu Pekan Sikuati Kudat

Pekan Sikuati. Tamu SikuatiBaru-baru ini ada berberapa cadangan supaya tamu Pekan Sikuati ditukar ke pagi hari Jumaat. Ini kerana hari Ahad tidak begitu sesuai memandangkan majoriti kaum Rungus di sekitar Kudat yang beragama Christian sembahyang pada pagi Ahad dan tamu Sikuati yang dijalankan di sebelah pagi sedikit sebanyak akan menyebabkan ramai peniaga beragama Christian tidak dapat pergi ke gereja atau Church untuk bersembahyang.

Hari yang dicadangkan ialah sebelah pagi pukul 6.00 pagi hingga 10.30 pagi pada setiap hari Jumaat setiap minggu.

Saya agak bersetuju dengan cadangan tersebut. Ini boleh memudahkan semua pihak di mana semua orang boleh menghadiri dan membeli belah di tamu Sikuati pada sebelah pagi dan menunaikan kewajiban iaitu sembahyang. Yang beragama Islam boleh pergi ke Masjid selepas membeli-belah pada sebelah pagi dan yang beragama Christian pula berpeluang pergi ke Church pada hari Ahad.

Tamu Sikuati dijalankan pada hari Ahad dulu semasa era pemerintahan USNO di mana pada masa itu berlaku aktiviti pengislaman secara aftif di Sabah. Justeru kerajaan pada masa itu telah menetapkan supaya tamu Sikuati itu dibuka pada hari Ahad mungkin juga sebagai usaha untuk tidak menggalakkan yang beragama Christian pergi ke church pada hari Ahad.

Hari ini era itu telah berlalu. Hari Ahad adalah hari yang baik untuk ke church atau bersama-sama keluarga sepanjang hari untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Cadangan untuk memindahkan tamu Pekan Sikuati ke pagi hari Jumaat kelihatan sebagai satu pilihan yang menarik dan perlu difikirkan dengan hati terbuka dan positif.

Secara peribadi saya agak bersetuju dengan cadangan ini.
Load disqus comments

0 ulasan