Esplanade Sipitang

Kali ini saya hendak kongsi sedikit mengenai bandar Sipitang or Pekan Sipitang? Petang tadi baru balik dari Sipitang melaksanakan sedikit kerja. Kalau dikira, ini adalah perjalanan saya yang pertama sejak saya meninggalkan Sipitang pada tahun 2003, selepas lebih kurang 9 tahun.

Pada ketika itu pekan atau bandar Sipitang hanya ada berberapa baris kedai. Memang tidak ada apa di bandar Sipitang ketika itu. Hanya terdapat 3 buah bank beroperasi iaitu Maybank, MBF Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN)

Selepas lebih dari 9 tahun, pada kunjungan hari ini saya melihat perubahan yang begitu ketara di Bandar Sipitang. Bandar ini sudah semakin cantik, teratur dan bersih. Kawasan tepi laut yang dahulunya semak, kotor dan menjadi tempat pembuangan sampah kini telah dibersihkan dan diperindahkan dengan siapnya Esplanade Sipitang yang begitu cantik. Pada waktu petang anda boleh duduk-duduk di kedai makan atau restauran tepi laut di Esplanade Sipitang, menghirup kopi sambil menyaksikan matahari terbenam (sunset). Sudah pasti ianya pemandangan yang indah.
 Aktiviti untuk pengunjung atau pelancong

Melihat Esplanade Sipitang yang cantik ini, saya terfikir adalah baik jika kita boleh promosikan produk pelancongan (tourism products) di Sipitang. Tetapi apakah produk pelancongan yang boleh diperkenalkan di Sipitang? Mungkin sekali sukan air (water sports) boleh di perkenalkan di Esplanade Sipitang dengan kadar bayaran yang berpatutan.

Pengunjung yang mengunjungi Sipitang juga mungkin boleh melawat Air Terjun di Mendolong (air terjun di dalam konsesi Sabah Forest Industries (SFI)) di bawah pengendalian dan selian SFI. Saya pernah melawat air terjun itu pada tahun 2002 dan ianya sangat cantik.

Sipitang juga adalah gateway ke Long Pasia sebuah perkampungan pedalaman yang terletak begitu berhampiran dengan sempadan Sabah dan Kalimantan. Di perkampungan ini ada banyak aktiviti untuk pelancong terutamanya yang berkaitan dengan budaya dan alam sekitar.
 Going to Labuan from Sipitang

Jika anda ingin melawat Pulau Labuan, anda juga boleh berbuat demikian dari Bandar Sipitang. Bot-boat laju ke Labuan berlabuh di jetty yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Esplanade Sipitang. Saya pernah menggunakan perkhidmatan boat laju ini dahulu ke Labuan dan perjalanan memakan masa lebih kurang 45 minit.

Nampaknya Sipitang kini kelihatan indah dan sudah dipermodenkan. Harapan kita agar ianya diselengara dengan teratur dan baik untuk kegunaan orang ramai. 

Kepada anda yang berminat untuk bermalam anda boleh berbuat demikian. Ada banyak hotel-hotel di Sipitang atau Beaufort yang anda boleh pilih. 

Anda boleh membuat booking hotel DISINI
Load disqus comments

0 ulasan