The Haven, Perak Malaysia

Jumpa blog post ini dari blog MummyNemo mengenai The Haven yang terletak di Tambun, Perak Malaysia. Projek ini jika siap akan menjadi satu lagi landmark yang penting dan menarik di Malaysia.

Superboom Projects Sdn Bhd, menerusi projek pembangunan The Haven di Tambun, Perak dijual 70 peratus daripada 497 unit sejak dilancarkan Januari lalu dan dijangka siap menjelang 2013.

You can book this The Haven here for the best deals

Ketua Pegawai Eksekutif Superboom Projects Sdn Bhd, Peter Chan berkata, projek pembangunan mewah pertama itu menggunakan pelaburan sehingga RM280 juta dan di jangka meningkat sebaik projek siap sepenuhnya.

“The Haven ditawarkan dengan nilai RM488 kaki persegi setiap unit adalah harga berpatutan berikutan kawasan pembangunan dikelilingi kawasan tumpuan seperti kolam air panas, restoran makanan laut, kebun limau bali dan bukit batu kapur cantik,” katanya.

Menurutnya, projek itu terdiri daripada pembinaan tiga menara kondominium dan kini dalam pembinaan meliputi 30,000 kaki persegi; setiap menara mempunyai 26 tingkat bagi 497 unit kondominium. Manakala, baki tanah itu disimpan­ untuk aktiviti rekreasi, tempat letak kenderaan dan landskap tanah.

“Nilai satu kaki persegi bangunan itu dibuat berdasarkan kadar kondominium mewah sebagai tanda aras iaitu RM600 kaki persegi dan dijangka meningkat sehingga RM800 kaki persegi apabila projek lengkap sepenuhnya,” katanya.

Katanya, projek luar biasa itu mempunyai siling setinggi 10 kaki (3 meter), dinding konkrit, kabinet yang menarik dan dihasilkan menggunakan bahan berkualiti tinggi. Bagaimanapun, tarikan utama pembangunan itu adalah pemandangan bukit bakau, hutan dan tasik yang cantik.

Selain KL dan Singapura, projek The Haven juga dipromosi ke Indonesia, China dan Hong Kong sebagai rumah persaraan ideal warga asing dan tempatan selain menarik perhatian pembeli 15 negara.


Anda boleh membuat tempahan atau booking The Haven, Tambun Perak di sini untuk pilihan harga yang menarik.      
Load disqus comments

0 ulasan