(BIODATA) Daniyar Nazarbayev Menantu Najib Razak

Daniyar Nazarbayev telah selamat bertunang dengan Nooryana Najwa anak perempuan Najib Razak Perdana Menteri Malaysia. Menantu Najib Razak yang bernama Daniyar Nazarbayev ini berasal dari Khazakhstan sebuah negara yang terletak di selatan Russia dan juga bersempadan dengan Mongolia.

Mungkin ramai di antara anda ingin mengetahui biodata Daniyar Nazarbayev ini. Di sini ada sedikit latar belakang beliau yang dipetik dari berberapa sumber.


Nama akhir Daniyar iaitu Nazarbayev adalah sama dengan nama President Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev – namun ada kemungkinan juga ia tidak mempunyai sebarang kaitan.

Latar belakang Daniyar, mempunyai kehidupan yang serba mewah dan penuh kontroversi kerana 'tuah' nama akhir “Nazarbayev” yang diberi ibunya selepas bercerai dengan suami terdahulu D. Kesikbayev sebelum berkahwin dengan Bolat Nazarbayev, seorang ahli kerabat Presiden Kazakhtan.


Pada Oktober 2006, New York Post melaporkan Daniyar Nazarbayer, yang dinamakan sebagai ‘anak kepada President Nursultan Nazarbayev’, telah membeli beberapa apartment di 55 Wall Street.


Salah satu apartment dengan dua bilik bernilai $2.9 juta dan satu lagi dengan satu bilik bernilai $2.1 juta. Tidak pasti sama ada ia benar ataupun khabar angin, tapi akhbar ada melaporkan ‘President Nazarbayev telah melawat rumah tersebut sendiri semasa menghadiri UN Summit (Persidangan PBB) dan memberikan kebenaran untuk pembelian tersebut. Ia nampaknya melibatkan banyak duit,”.


Daniyar patut berterima kasih kepada emaknya Mayra Kurmangaliyeva kerana menukar nama akhir beliau dan segala transformasi/perubahan yang berlaku adalah kerana nama akhir tersebut.


“Mengapa tidak (untuk berkahwin dengan Daniyar)? Seorang jejaka terkenal, penuh adunan dan dengan nama akhirnya yang cukup menawan… tapi, jika saya ialah bapa Malaysia, saya akan semak dulu takut-takut: adakah Daniyar sudah berkahwin semasa zaman muda? Buah epal adalah dari pokok epal, seperti yang kita tahu… dan Alma-Ata (ibu kota Kazakhstan) ialah bandar buah epal dan pokok epal,” nasihat Leonid.


Leonid Komarovskiy ialah seorang “wartawan” daripada New York dan menulis peribadi Daniyar ini di bawah artikel bertajuk “Borat is out of competition.”
Sunduvan.com ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Tahniah kepada Najib Razak di atas pertunangan anak perempuannya. Semoga sampai ke anak cucu.
Load disqus comments

0 ulasan