Pages

Bunuh pondan dihukum mati

KUALA LUMPUR - Genap lima hari selepas ulang tahun kelahiran ke-23, seorang pemungut besi buruk hari ini dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh seorang lelaki berpakaian wanita, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Su Geok Yiam menjatuhkan hukuman tersebut terhadap V. Raja selepas mendapati pembelaan tertuduh bahawa dia tertidur sepanjang kejadian itu kerana mabuk, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Ini kerana, menurut hakim tersebut, terdapat saksi yang melihat lelaki itu menikam mangsa, Kanan Muthiah @ Suppiah, 42, yang kemudiannya jatuh ke dalam kolam tadahan banjir.

Oleh itu, mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melangkaui keraguan munasabah. -Utusan

No comments:

Post a Comment

Be responsible when you make your comments.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Click ‘Like’ untuk berita pendidikan dan biasiswa terkini. Terima Kasih

?

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets