Bugis mohon diistihar status bumiputera

1. Baru-baru ini kita ada mendengar isu rakyat Malaysia dari etnik Bugis yang bermastautin di Malaysia memohon pengistiharan status bumiputera.

2. Nampaknya selepas ini tidak lama lagi kita juga akan mendengar orang India dan Cina memohon status bumiputera.

3. Kita boleh faham mengapa etnik Bugis begitu tergesa-gesa memohon pengiktirafan ini.

4. Tidak lama dahulu Perdana Menteri kita pernah berkunjung ke Sulawesi dan mengaku Gowa adalah kampung halamannya dan bahawa dirinya adalah putera Gowa di sana. Sila rujuk sini  Ada banyak sumber di internet yang ada menyiarkan Najib Razak mendakwa dirinya ialah putera Gowa, Indonesia.

Di bawah adalah petikan kata-kata Najib Razak setibanya di Sulawesi selatan di halaman Rumah Jabatan Bupati Gowa.

" Saya adalah Anak Gowa, Saya keturunan langsung Raja Gowa dan Hari ini saya Balik ke Gowa Bukan untuk Merampas Tahta Raja Gowa, Melainkan untuk menjalin semangat kekeluargaan yang sebenarnya tidak putus....,Saya adalah Anak Gowa yang merantau 11 (sebelas) Generasi lamanya".

5. Najib Razak yang berketurunan Bugis dari Gowa, Indonesia ini sudah tentu menyemarakkan keinginan etnik Bugis di Malaysia untuk diiktiraf sebagai bumiputera.

6. Persoalannya adakah etnik Bugis yang berasal dari Indonesia patut diberikan pengiktirafan itu? Bagaimana pula dengan Najib Razak? Persoalan ini patut diteliti dan diperhalusi dengan baik agar tidak menyinggung perasaan etnik bumiputera yang lain.

7. Harapan kita, kerajaan jangan tergesa-gesa iktiraf sini, iktiraf sana perkara-perkara sensitif yang melibatkan isu perkauman ini walaupun dalam keghairahan memancing undi untuk menang pilihanraya.
Load disqus comments

1 ulasan: