Harga ayam RM11 sekilo di Sandakan!

1. Terdapat desus-desas mengatakan harga ayam meningkat ke RM 11.00 sekilo di Sandakan berbanding RM 8.50 -9.00 sekilo sebelum ini.

2. Peningkatan mendadak ini ada kaitannya dengan bulan puasa ini dan hari raya yang akan datang dan kerana jumlah permintaan yang mendadak meningkat daripada pengguna

3. Persoalannya adakah wajar harga ayam ini dinaikkan sewenang-wenangnya  sedangkan ayam adalah termasuk dalam barangan terkawal?  


4. Kenaikan ini adalah menguntungkan peniaga tetapi ianya membebankan pengguna. Kita hendak tahu sejauh manakah kesungguhan kerajaan membanteras sikap tidak bertanggung jawap peniaga ini?


5.  Rasanya untuk membendung perkara ini semua pihak harus berkerjasama terutamanya pengguna. Jika anda mendapat tahu mana-mana peniaga sesuka hati menaikkan harga barangan terkawal ini anda harus melaporkan kepada pihak berkuasa.


6. Oppss tunggu dulu... ramai mengatakan dah  buat laporan tapi tak ada tindakan. Ada orang makan gaji buta? Orang pemalas ini tidak harus terus berkerja di jabatan kerajaan berkenaan. Mereka juga patut di komplen.


7. Jika anda terserempak, terbeli, terlihat perkara ini laporkan ke Sandakan Consumerism Department Chief, Joe Azmi Jamil di talian 08-9201301 Bersama kita membanteras golongan tidak bertanggungjawap ini.
Load disqus comments

1 ulasan: