Ijazah untuk di jual, Tan Sri pun ada beli

1. Polis Malaysia sekarang ini sedang sibuk mengesan  pemilik-pemilik ijazah palsu di seluruh negara.

2. Dengar khabar banyak pemimpin kita, ada yang bergelar Tan Sri pun ada membeli Ijazah palsu dari luar negara ini.

3. Harga ijazah itu hanyalah RM6500 - RM 10,000. Cukup murah dan senang kepada mereka yang malas nak mampus untuk duduk belajar.

4. Betullah pendapat bahawa ada duit semua boleh beli.

5. Tak payah duduk kelas, tak payah tulis apa-apa kertas penyelidikan terus dapat Phd. Wow..aku pun nak..tapi mana nak cekau RM 10,000 ekk. Huh..kalau ada duit banyak tu pun aku tak ingin beli. Membeli ijazah palsu untuk menaikkan imej diri sangatlah memalukan.

6. Antara universiti yang dikatakan digunakan namanya untuk ijazah palsu ini ialah University of Rockhamton, Harvey International University, Cannington Brook University, Glastonbury University dan Charles Molnar University. Huh! nama-nama university ni pun pelik contohnya Rock (batu), Brook (Beruk), bury (tanam dalam tanah) kah kah kah...

7.Kepada anda yang ada membeli ijazah palsu tu bertobatlah... tak berbaloi dan memalukan anda sendiri.

Ha Ha Ha
Load disqus comments

0 ulasan