"Jangan beritahu media' rayu Datuk Justin Guka

1. Muka surat 4 di Daily Express semalam (26th July 2012) memaparkan Datuk Justin Guka ADUN Bingkor merayu agar orang awam tidak melaporkan kepada media projek-projek kerajaan yang terbengkalai.

2. Kita merasa hairan mengapa beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan orang awam telah membantu kerja beliau dengan memaklumkan kepada media projek-projek kerajaan yang terbengkalai agar tindakan sewajarnya dapat diambil

3. Mungkin beliau tidak mahu heboh-heboh dan menyelesaikan perkara itu diam-diam.

4. Malangnya rakyat maklum yang beliau memang sibuk dan bukan senang berjumpa beliau secara bersemuka. Media pula lebih cepat membantu. Saya tidak melihat apa-apa yang salah mengenai tindakan rakyat melaporkan projek terbengkalai ini.

5. Beliau patut berterima kasih kerena kena bagi 'alert' mengenai projek-projek tak siap ini.

6. Atau ini adalah cubaan menjaga nama agar kelihatan harum tanpa ada laporan media mengenai projek-projek terbengkalai berkenaan.

7. Tapi Datuk, rakyat juga sibuk cari makan. Tak adalah begitu banyak masa untuk mencari masa 'compile' maklumat semua itu dan berjumpa datuk.

8. JKKK yang Datuk lantik mungkin kena kerja keras sedikit.

9. Apa pun mungkin kita perlu perhebatkan membuat jemputan kepada media untuk membuat hebahan projek-projek terbengkalai ini bukan sahaja di Bingkor tetapi di seluruh Sabah.

10. Harapan kita Datuk rajin-rajin berjalan melawat kawasan ke serata ceruk kawasan yang di wakili oleh Datuk.
Load disqus comments

0 ulasan