BR1M 3.0 (Kali Ke-3) Selepas BR1M 2.0 Akan Dibayar?

Kerajaan sedang menimbang untuk bayaram BR1M 3.0 atau untuk Kali Ke-3 merupakan salah satu berita yang muncul sebentar tadi. Perkara itu muncul dalam ucapan Perdana Menteri di Sandakan, Sabah semasa merasmikan Persidangan Agung Parti LDP.

Jika ini benar, sudah tentu ianya sesuatu berita yang baik dan diharap pelaksanaannya juga dilakukan secepat mungkin. Siapa yang tak nam terima wang dari kerajan? Saya nak... awak nak?

Pembayaran BR1M 3.0 atau kali Ke-3 ini tentu akan menelan peruntukan yang banyak sekali. Seperti mana juga yang berlaku semasa pembayaran BR1M 1.0.

Kali ini belum pun BR1M 2.0 dilaksanakan, Perdana Menteri (PM) mengumumkan bahawa kerajaan sedang menimbang untuk bayaran BR1M 3.0.

Saya memang tidak ada masalah menerima wang dari kerajaan tetapi ini sesuatu yang sedikit menghairankan bila mana BR1M 2.0 belum dibayar dan kini rakyat telah pula disajikan dengan janji BR1M 3.0.

Janji pilihanraya

Mungkinkan ini adalah salah satu strategi Barisan Nasional (BN) untuk mengelabui mata rakyat supaya mengundi BN untuk BR1M 3.0?

Melihat kepada PRU-13 yang semakin hampir, kita dapat merasakan bahawa bayaran BR1M 2.0 dan BR1M 3.0 ini adalah bertujuan untuk mendapat sokongan rakyat

Duit itu duit rakyat, ambil sahaja

Duit itu ialah duit rakyat. Jika kerajaan berhasrat untuk mengagihkan kekayaan negara dengan cara ini maka kita ambil sahaja. Undi itu adalah hak peribadi masing-masing. Siapa anda akan undi pada PRU-13 adalah hak anda.

Kenaikan harga barang

Semasa kita sedang sibuk menunggu untuk menerima BR1M 2.0 kita saban hari disajikan dengan pengalaman dan berita kenaikan harga barangan.

Sejauh manakah RM500 itu berjaya membantu meningkatkan kuasa beli rakyat dalam jangka masa panjang dan berterusan masih belum dapat dipastikan.

Adakah lebih baik jika peruntukan untuk BR1M itu disalurkan untuk mencari cara bagaimana menurunkan atau sekurang-kurangnya membendung kenaikan harga barangan asas isi rumah?

Apa pun berita mengenai kerajaan sedang menimbang untuk pembayaran BR1M 3.0 ini tetap satu berita baik.

Borang online BR1M 2.0 dan mungkin BR1M 3.0 klik SINI
Load disqus comments

0 ulasan