Semua Saman AES Ditangguh:Arahan Peguam Negara

Berita terbaru yang disiarkan di TV3 sebentar tadi tentu sekali amat mengembirakan orang ramai. Dilaporkan bahawa semua saman AES ditangguh berikutan arahan Peguam Negara.

Penangguhan saman-saman AES ini tentu sekali disambut baik berikutan begitu banyak bantahan yang diterima dari orang ramai.

Ramai yang berpendapat bahawa pelaksanaan AES ini hanyalah bertujuan untuk mengaut keuntungan dan bukanlah penentu utama agar kemalangan jalanraya dapat dikurangkan dengan cara ini.

Menurut pihak JPJ pelaksanaan AES itu adalah bertujuan untuk mendisiplinkan para pengguna jalanraya agar mereka mematuhi peraturan jalanraya dan seterusnya kadar kemalangan jalanraya dapat dikurangkan.

Kempen keselamatan jalanraya tentu sekali mendapat sambutan yang baik dari orang ramai, walau bagaimanapun pelaksanaan AES ini agak meragukan dan banyak saman-saman yang dikeluarkan boleh dipertikaikan.

Yang pastinya kajian mendalam haruslah dilakukan sebelum kerajaan terburu-buru melaksanakan sistem AES ini.

ArahanPeguam Negara agar semua saman AES di mahkamah ditangguh sekurang-kurangnya boleh memberi ruang agar pelaksanaan AES tidak dilihat sebagai hanya usaha mendapatkan wang dari orang awam
Load disqus comments

1 ulasan: