Permohonan UPU 2013 Lepasan SPM 2012

Permohonan UPU 2013 untuk lepasan SPM 2012 sudah dibuka, menurut takwim/jadual yang di keluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Negara. Tarikh permohonan UPU 2013 ini terdapat di Jadual permohonan UPU Sesi Januari 2013 sepertimana yang terdapat di laman Facebook UPU (BPKP JPT)

Calon lepasan SPM,Asasi, Matrikulasi,STPM,STAM,Diploma atau setaraf yang ingin melanjutkan pelajaran bagi Sesi Akademik 2013/2014 di institusi pendidikan awam antaranya Ipta,Politeknik dan ILKA boleh membuat permohonan yang akan dibuka pada bulan Januari 2013

Turut dinyatakan jualan No.Unik ID di BSN dijual pada tarikh permohonan dibuka.  Maklumat semasa dan terkini mengenai permohonan ini sila layari laman web rasmi kemasukan IPTA di url http://upu.mohe.gov.my

Bagi pemohon lepasan Sijil dari Politeknik yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Diploma di Politeknik, permohonan hendaklah dibuat terus ke Politeknik. Sila rujuk laman web www.politeknik.edu.my untuk maklumat lanjut

Permohonan dan no unik id BSN akan dibuka mulai 7 Januari hingga 15 April 2013. Lagi maklumat lanjut sila layari klik Facebook UPU (BPKP JPT)

Keputusan Permohonan UPU lepasan SPM 2013 akan diumumkan kelak.Tarikh tutup permohonan UPU 2013, sila rujuk jadual permohonan UPU 2013 lepasan SPM 2012. Kami akan update entry bila keputusan permohonan UPU dikeluarkan nanti.
Load disqus comments

0 ulasan