Semakan Status Permohonan BR1M 2.0 Secara Online

BR1M 2.0 LHDN,semakan status permohonan BR1M 2.0 secara online,LHDN BR1M 2.0 online registration
Kepada anda yang ada membuat permohonan sama ada melalui LHDN BR1M 2.0 online registration atau secara manual dan ingin semak keputusan permohonan BR1M 2.0 online, anda boleh membuat demikian melalui berberapa cara. Ramai yang membuat semakan status permohonan BR1M 2.0 secara online atau pergi terus ke kaunter BR1M 2.0 LHDN yang berdekatan.

Setakat ini lebih 2.3 juta permohonan BR1M 2.0 (Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0) telah dihantar dan diterima setelah permohonan ditutup pada 31 Disember 2012 lepas. Daripada jumlah itu berdasarkan sumber maklumat yang kami terima, semakan BR1M 2.0 boleh mula dibuat bermula 10 Februari 2013 iaitu bermula bulan depan dan dijangka semakan BR1M 2013 boleh juga dibuat secara online buat kali yang pertama dan keputusan BR1M 2.0 juga akan dihantar melalui pos. Keputusan kerajan untuk menyediakan perkhidmatan semakan status permohonan BR1M secara online ini amatlah dialu-alukan kerana ianya dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang pemohon-pemohon BR1M 2.0

Semakan BR1M 2.0 Online 2013:

Akan dikemaskini (Februari 2013) - Kami akan mengemaskini mengenai perkara ini apabila kami sudah memdapat maklumat lengkap dan portal untuk semak keputusan permohonan BR1M 2.0 online telah dibuka kelak. Anda dinasihatkan agar bookmark page ini untuk memudahkan anda kembali ke sini untuk mengetahui maklumat terkini mengenai semakan status permohonan BR1M 2.0 secara online nanti.

Semakan Keputusan BR1M 2.0 Secara Pos:

Selain itu keputusan BR1M 2.0 juga akan dimaklumkan kepada pemohon secara pos. Status semua pemohon BR1M 2.0 (Bantuan Rakyat 1Malaysia) juga akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan BR1M RM500 (isi rumah) & RM250 (bujang) melalui pos. Walau bagaimanapun pengalaman yang lepas menunjukkan ramai pemohon gagal menyediakan alamat surat-menyurat yang lengkap dan seterusnya keputusan BR1M 2.0 gagal disampaikan kepada pemohon melalui pos.

Setiap pemohon bantuan BR1M 2.0 yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar BR1M 2.0 RM500 & RM250 (bujang) diadakan.

Semakan Keputusan Permohonan BR1M 2.0 Melalui Talian Hotline:

Kaedah ini merupakan antara yang sangat popular dan mudah. Anda sendiri sebagai pemohon juga boleh semak status permohonan BR1M 2.o dengan cara menelefon talian hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 11 Februari ini 2013.
  
Talian hotline tersebut akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja

Cara Pembayaran Baucar BR1M 2.0 2013?
Kepada pemohon yang layak dan berjaya satu majlis penyerahan baucar BR1M 2.0 RM500 dan baucar RM250 kepada senarai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0.
   
Kemudahan untuk menunaikan baucar BR1M 2.0 melalui kaunter bergerak bank juga akan disediakan. Kerajaan akan memudahkan urusan orang ramai di kawasan luar bandar menunaikan baucar BR1M 2.0 RM500 & RM250 dengan menyediakan kaunter bergerak Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Maybank pada majlis penyerahan baucar tersebut. Kaedah menunaikan baucar BR1M 2.0 seperti ini amat disambut baik kerana ianya memudahkan penerima dan menjimatkan masa, tenaga dan wang penerima.
   
Bantuan RM500 & RM250 melalui baucar juga boleh ditunaikan di cawangan bank berkenaan di seluruh negara.
   
Tempoh sah laku baucar bantuan BR1M 2.0 RM500 dan baucar RM250 belum dipastikan setakat ini. Kami akan membuat kemaskini maklumat mengenai perkara ini pada masa yang terdekat bila maklumat terbaru kami perolehi.

Kepada anda yang ada membuat permohonan BR1M 2.0 diharapkan maklumat semakan status permohonan BR1M 2.0 secara online ini dapat membantu dan memudahkan anda. Semoga berjaya!
Load disqus comments

2 ulasan