Bantuan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) 2013 Diedarkan

Baucer Buku 1Malaysia (BB1M)Minggu lepas saya diberitahu bahawa bantuan Baucer Buku 1Malaysia telah mulah diedarkan. Selepas bertanyakan kepada seorang teman yang bekerja di kolej swasta berdekatan memang disahkan bahawa Baucer Buku 1Malaysia telah mula diedarkan

Baucer Buku 1Malaysia ini adalah untuk semua pelajar di Malaysia, sebagai salah satu usaha kerajaan untuk meringankan beban pelajar untuk membeli buku untuk memudahkan pembelajaran mereka.

Baucer Buku 1Malaysia (BB1M)

Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) akan diedarkan mulai awal Januari 2013. Baucar buku ini bertujuan untuk membantu pelajar di Institusi Pengajian Tinggi awam dan swasta untuk membeli buku dan alatan tulis. Pemberian BB1M untuk kali kedua ini berjumlah RM250 dan boleh digunapakai diseluruh kedai buku yang mengambil bahagian.

Semua pelajar boleh mendapatkan baucar buku tersebut di kolej atau unversiti masing-masing mulai awal tahun 2013. Perlu diingatkan bahawa baucar tersebut tidak boleh dijual dan tindakan yang tegas akan dikenakan kepada individu yang terlibat.

Pengumuman Penting Kepada Penerima BB1M

Pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) bermula Januari 2013, pelajar bolehlah merujuk kepada institusi masing-masing untuk mendapatkan baucar tersebut.

Inisiatif ini adalah secara one-off bagi sesi 2013 sahaja. Baucar buku ini sah diguna pakai selama 5 bulan sahaja iaitu mulai 1 Januari sehingga 31 Mei 2013Inisiatif ini adalah secara one-off bagi sesi 2013 sahaja. Baucar buku ini sah diguna pakai selama 5 bulan sahaja iaitu mulai 1 Januari sehingga 31 Mei 2013.


Untuk menggunakan sila rujuk Senarai Kedai Buku Terima Baucer Buku 1Malaysia (BB1M)

Tahniah kepada para pelajar yang telah mendapat Baucher Buku 1Malaysia dan terima kasih kepada kerajaan.
Load disqus comments

0 ulasan