Borang Permohonan Pinjaman Perumahan Online Di SPPB

Mungkin ramai antara anda yang ingin memiliki rumah sendiri terutama kepada pasangan muda yang sedang menidamkan rumah pertama untuk keluarga yang baru dibina. Kerajaan memandang berat isu perumahan ini dan ada menyediakan berbagai kemudahan untuk membantu golongan yang memerlukan kemudahan ini.

Kepada mereka yang ingin membuat pinjaman untuk pemilikan rumah anda boleh berbuat demikian menggunakan Borang Permohonan Pinjaman Perumahan Online

Mulai tahun depan, penjawat awam yang memohon pinjaman melalui Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) Perbendaharaan Malaysia perlu mengisi borang secara online menggunakan portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB).

Setiausaha BPP, Datuk Shuib Md Yusop berkata, melalui portal itu, mereka akan mendapat kelulusan secara bersyarat dengan serta merta apabila permohonan itu diisi dengan lengkap.

“SPPB ini mudah diisi. Ini merupakan salah satu inovasi yang dibina sendiri BPP tanpa menggunakan konsultan luar.

“Malah kita mampu menjimatkan lebih sejuta setahun wang kerajaan antaranya untuk kos mencetak borang penyata tahunan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran portal SPPB yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), Datuk Nozirah Bahari di sini hari ini.

Shuib berkata, setelah menerima kelulusan bersyarat itu, pemohon boleh membuat pembayaran wang proses melalui perbankan Internet berbanding sebelum ini yang menggunakan bayaran melalui wang pos atau draf bank.

Diharapkan kemudahan ini dimanfaatkan sepenuhnya dan rakyat mengambil  peluang ini untuk memilik rumah yang anda idam-idamkan selama ini untuk keluarga.

Untuk membuat permohonan sila layari Borang Permohonan Pinjaman Perumahan Online Perbendaharaan Negara
Load disqus comments

0 ulasan