Pages

Borang Permohonan Rebate RM200 Smartphone SKMM Online

Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan Rebat RM200 untuk pembelian Smartphone anda boleh berbuat demikin melalui online. Proses pendaftaran atau borang permohonan rebat RM200 telefon pintar boleh dibuat secara online mengunakan Borang Permohonan Rebate RM200 Smartphone SKMM online. Kemudaha ini adalah terbuka kepada golongan belia atau remaja yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebate RM200 bagi telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai 1 januari 2013

Syarat Kelayakan Rebat RM200

Syarat-syarat kelayakan untuk permohonan rebat RM200 Smartphone SKMM ini adalah seperti berikut:

a. Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur antara 21 sehingga umur 30 tahun
b. Pemohon berpendapatan kasar bulanan RM3000 dan kebawah
c. Model telefon pintar yang dipilih tiada had harga. Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar
d. Hanya satu telefon pintar untuk setiap seorang
e. Pelajar IPTA dan IPTS juga boleh memohon

Cara Permohonan Rebat RM200

1. Sila layari borang Online di laman web:
  http://komunikasibelia.skmm.gov.my/Public/DaftarPelajar (untuk pelajar) atau
  http://komunikasibelia.skmm.gov.my/Public/DaftarPekerja (Untuk Pekerja)

2. Pada menu, sila klik pada permohonan untuk pelajar (jika sedang belajar) dan klik pada borang untuk pekerja jika sedang bekerja.

3. Sila isi butiran penuh dan hantar pendaftaran anda.

4. Salinan permohanan akan dihantar kepada anda melalui emel dalam tempoh 24 jam. Langkah terbaik adalah cetak dahulu slip pendaftaran.

Pastikan anda mencetak slip pendaftaran sebagai bukti anda telah memohon rebat RM200 untuk telefon pintar. Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada.

Cara Penebusan Slip Baucar Rebate RM200

Anda boleh membeli smartphone anda menggunakan baucar tersebut di syarikat pengedar telekomukasi yang sah. Untuk melihat senarai wakil penjual yang sah tersebut, sila layari https://komunikasibelia.skmm.gov.my/plain/dealer.html

No comments:

Post a Comment

Be responsible when you make your comments.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Click ‘Like’ untuk berita pendidikan dan biasiswa terkini. Terima Kasih

?

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets