Cara Mencuci Pakaian Sekolah Supaya Kekal Putih

Cara mencuci pakaian sekolah supaya kekal putih adalah topik kita kali ini. Perkara ini tentunya penting kepada ibubapa yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah. Baju sekolah menengah atau sekolah rendah di Malaysia adalah berwarna putih dan perkara yang sering menjadi masalah ialah memastikan baju sekolah anak anda kekal putih dan bersih terutama kepada ibubapa yang anak-anaknya aktif dan sering pulang ke rumah selepas sesi persekolah dengan baju sekolah yang kotor.

Entry kali ini dibuat untuk dapatkan pandangan dari anda semua. Setiap minggu sudah tentu ramai ibu-ibu pelajar yang rasa agak penat memberus dan menyental baju sekolah anak-anak mereka. Faham sahajalah kan, budak lelaki terutamanya Kalau mereka  pakai baju sekolah tu macamana.

Aktiviti memberus dan menyental baju tu memang mengambil masa. Itu belum masuk bab bubuh nila baju tu lagi..Baju sekolah putih ni bukan boleh campak terus kat mesin basuh. Biasanya memang berus dulu

Ada pelbagai cara, contohnya dengan merendam dulu baju sekolah tu semua dengan sabun dan clorox, lepas tu barulah mula  memberus dengan gigihnya segala kekotoran itu, dan memang amat memenatkan Selepas itu itu barulah masukan ke mesin basuh (hanya baju sekolah putih je tak campur dengan baju lain). Last sekali, barulah nilakan semua baju tu dan sidai macam biasa.

Ok, so itulah biasanya cara yang sering digunakan untuk mencuci pakaian sekolah supaya kekal putih. Bagi anda yang ada anak yang masih bersekolah minta bagi idea untuk kita kongsi bersama. Anda boleh bagi idea dibahagian komen kelak. Bagaimana caranya nak bersih dan putihkan baju sekolah anak-anak ni? Cara anda mungkin lebih berkesan dan boleh guna cara tersebut pada masa akan datang.

Lawati laman ini untuk belajar lebih lanjut cara mencuci pakaian sekolah supaya kekal putih
Load disqus comments

0 ulasan