Panduan Mengisi Borang UPU Lepasan SPM Untuk Pelajar Malaysia

Salam sejahtera kepada para pembaca sunduvan.com. Seperti yang korang semua tahu, keputusan STPM bagi tahun 2012 telah diumumkan hari ini. Perasaan takut, gabra, suka, cuak, bimbang dan resah semuanya dapat dirasai di dalam hati sekarang. Seperti calon-calon SPM yang lain, harapan kita cuma satu, lulus semua subjek dengan cemerlang.

Berberapa hari lagi keputusan SPM 2012 pula akan diumumkan. Besar kemungkinan keputusan SPM 2012 akan diumumkan pada 21st Mac 2013 atau pada hari Khamis minggu ini.

Kebiasaannya, setelah keputusan STPM dan SPM diumumkan, bakal mahasiswa akan berpusu-pusu ke BSN (Bank Simpanan Nasional) untuk membeli PIN. Mengapa perlu membeli PIN? Tujuannya adalah untuk permohonan IPTA melalui laman web UPU. PIN ini sangat penting untuk dibeli untuk memudahkan semua urusan permohonan UPU nanti


Langkah 1

Langkah pertama, korang mesti mempunyai PIN UPU (Fasa 2) yang dibeli di BSN. Sebenarnya mudah saja, mula-mula korang pergi BSN yang berdekatan, ambil slip DEPOSIT/BAYARAN/TUNTUTAN (warna biru), isi bahagian NAMA, NO. KAD PENGENALAN, TANDATANGAN DAN TARIKH. Untuk jenis urusan pula, korang tanda pada LAIN-LAIN dan tulis PIN UPU FASA 2 (SPM). Harga bagi PIN UPU adalah RM10.60.

Langkah 2
 

Langkah kedua, masuk laman web rasmi UPU di http://upu.mohe.gov.my/upu.php. Seterusnya, klik pada ‘Lepasan SPM/Setaraf‘ di bahagian eBorang. Pastikan korang kenalpasti kategori dan baca arahan sebelum mengisi borang kemasukan.

Nota : Setelah selesai membuat permohonan UPU, korang hanya dibenarkan untuk mengemaskini borang sebanyak 3 kali sahaja. So, pastikan korang isi maklumat dengan tepat dan baca arahan betul-betul.

Incoming search terms:

  • borang upu
  • upu pin
  • pin upu
  • http //upu mohe gov my
  • borang upu lepasan spm 2011
  • borang upu 2011 lepasan spm
  • panduan mengisi borang UPU
  • permohonan upu
  • cara isi borang upu
  • laman web rasmi upu
Load disqus comments

0 ulasan