Permohonan Biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Malaysia Online

Dimaklumkan bahawa Permohonan Biasiswa Sukan (BS)  2013 kini telah dibuka.

Sila muat turun borang dan panduan permohonan yang dilampirkan untuk diedarkan kepada semua pelajar yang layak. Anda boleh berbuat demikian menggunakan Permohonan Biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Malaysia online.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Unit HEM/Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing setelah mendapat pengesahan pengetua pada atau sebelum  31 Mac 2013 untuk tindakan selanjutnya.

Syarat Kelayakan:

Syarat kelayakan seorang atlet murid untuk pertimbangan mendapat Hadiah Biasiswa Sukan Kementerian Pelajaran 2013 adalah seperti yang berikut:

1. Warganegara Malaysia;
2. Sedang belajar di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah kerajaan, sekolah menengah bantuan kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan(SABK) yang berada di bawah tanggungjawab Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan;
3. Menunjukkan prestasi cemerlang dalam jenis-jenis sukan berkaitan dengan sekurang-kurangnya mewakili negeri di peringkat MSSM;
4. Keutamaan akan diberi kepada atlet murid yang terlibat dalam program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah(SPTS), Sukan Prestasi Tinggi Negara dan sukan-sukan lain yang diputuskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia; dan
5. Tidak menerima sebarang BIASISWA daripada Agensi Kerajaan atau Bukan Kerajaan yang lain.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Unit HEM/Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing setelah mendapat pengesahan pengetua untuk tindakan selanjutnya.

Maklumat lanjut mengenai jumlah biasiswa dan bidang sukan yang ditawarkan boleh dirujuk kepada Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tarikh tutup :

Tarikh tutup permohonan Biasiswa Sukan KPM 2013 ialah pada atau sebelum 31 Mac 2013.




Untuk maklumat lanjut layari Panduan Permohonan Biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Malaysia
Load disqus comments

0 ulasan