Cuba Dulu Cosway Omega-3 Fish Oil

Siapa pernah ambil suplemen kesihatan minyak ikan? Kalau ada nanti boleh share pengalaman anda di bahagian komen. Dah lama kawan-kawan beritahu minyak ikan ini baik untuk kesihatan.

Hari ini terfikir nak cuba suplemen ini. Mana tahu atas kehendak tuhan ianya bermanfaat untuk kesihatan.

Tadi keluar makan dengan rakan sekerja di restauran Serai Wangi di King Fisher, singgah sebentar di kedai Cosway beli minyak ikan.

Harganya agak mahal iaitu RM80+ sekotak dengan isi sebanyak 50 kapsul. Selepas diskaun membership Cosway dapatlah beli minyak ikan ini dengan harga RM60 sekotak.

Masih agak mahal tetapi kesihatan itu penting juga betul atau tidak? Kesihatan tidak boleh diukur dengan wang ringgit.

Sebanyak-banyak harta yang kita ada, harta yang paling bernilai ialah kesihatan tubuh.

Menurut maklumat, minyak ikan ini baik untuk membantu menurunkan kandungan kolestrol jahat dalam tubuh. Kolestrol berlebihan tidak baik dan pencetus kepada berbagai masalah kesihatan.

Oklah, dah panjang pula post ini.

Load disqus comments

0 ulasan