Digital LCD Strap-hand Pedometer Untuk Gaya Hidup Aktif

Sejak dua menjak ini macam gaya hidup aktif dan sihat menjadi tumpuan dan keutamaan. Mungkin sebab umur semakin bertambah maka kesedaran tentang kesihatan juga turut meningkat.

Macam juga bila semakin berumur kita semakin rajin ke gereja atau masjid berbanding masa kita remaja dulu.

Minggu lepas saya telah membeli secara online sejenis alat untuk mengukur atau mengira langkah kaki kita setiap hari. Dalam bahasa Inggeris sering juga dirujuk sebagai 'Pedometer'.

Matlamat aku ialah nak capai 6000 jumlah langkah setiap hari. Jadi rasanya penting untuk mengetahui berapa jumlah  langkah kita berjalan setiap hari. Kalau boleh minimum adalah antara 6000 - 10,000 langkah setiap hari.

Alat ini Digital LCD Pedometer (Strap-hand) telah sampai hari ini. Aku order online dengan Lazada.com. Made in China juga, mudah-mudahan taklah cepat rosak. Hehe

Saya ada cuba juga cari alat ini di sekitar Kota Kinabalu tapi tak jumpa. Nasib baik ada dengan Lazada.com, harganya pula ialah RM16 sahaja.

Harap-harap bolehlah aku mulakan gaya hidup aktif dan sihat selepas ini.

Load disqus comments

0 ulasan