Lokasi Perpustakaan Tuaran

Lokasi Perpustakaan Tuaran - Jika anda bukan orang berasal dari Tuaran mungkin anda akan mengalami kesulitan mencari lokasi Perpustakaan Tuaran.

Hari ini kerana ada sedikit kerja perlu disiapkan di Perpustakaan Tuaran saya terpaksa datang sini.

Sebelum datang, aku ada juga cuba bertanya kawan-kawan yang pernah datang ke perpustakaan ini, malangnya mereka juga tidak dapat menjelaskan dengan tepat lokasi Perpustakaan Negeri Sabah cawangan Tuaran.

Thanks kepada Apps Waze saya berjaya menemui perpustakaan ini.  Jika anda belum download Apps Waze baik anda download sekarang. Hehe Ianya amat penting untuk menjadi penunjuk arah ke destinasi anda.

Berbalik kepada isu lokasi Perpustakaan Tuaran, sebenarnya perpustakaan ini terletak betul-betul di tengah-tengah pekan Tuaran.

Ianya bangunan tidak bertingkat, berhampiran dengan Milimewa Superstore di Tuaran. Milimewa superstore adalah salah satu landmark di Tuaran kerana ianya menjadi tumpuan orang ramai membeli-belah.

Juga tida jauh dari bangunan Majlis Daerah Tuaran (MDT). Memang senang nak jumpa. Haha dengan bantuan Apps Waze.

Akhirnya berjaya juga saya jumpa lokasi Perpustakaan Tuaran. Bangunannya kecil sahaja tu yang susah nak spot/jumpa kalau tida biasa dengan kawasan ini
Load disqus comments

0 ulasan