Makan Mee Sup Di Restaurant Pipin King Fisher

Hari ini kawan-kawan bawa aku makan mee di Restauran Pipin di King Fisher. Restauran ini kalau tidak silap saya, adalah salah satu dari rangkaian Restauran Pipin yang ada di sekitar bandar Kota Kinabalu.

Restauran Pipin ini asalnya dari Penampang adalah perniagaan keluarga. Kerana makanannya yang sedap, restauran ini menjadi semakin terkenal dan telah membuka cawangan di kawasan Bukit Padang, Menggatal, King Fisher dan yang terbaru di Tuaran.

Mungkin ada lagi di tempat lain yang aku tak tahu. Kalau ada mohon kongsikan tempatnya di ruangan komen untuk panduan bersama.

Makanannya memang sedap. Salah satu makanan kegemaran saya di Restauran Pipin ialah kaki ayam masak kicap, mee hun sup, sup tulang dan tauhunya.

Restauran Pipin di King Fisher nie senang ja cara lokasinya. Ianya berdekatan dengan supermarket Giant, berhadapan dengan Restauran Jom Makan dan satu baris dengan kedai Guardian.

Di bawah aku belanja kamu sikit gambar Restauran Pipin. Gambar jer...hehehe

Load disqus comments

0 ulasan