Makan Tengahari Di Restaurant Penampang Ngiu Chap

Jika Penampang terkenal dengan Restaurant Pipin, kini ada satu lagi restaurant yang agak popular di area Donggongon, Penampang. Restaurant tersebut ialah Restaurant Penampang Ngiu Chap.

Jika anda bercadang untuk makan tengahari, Restaurant Penampang Ngiu Chap adalah jawapannya.

Hari ini saya dan kawan berpeluang singgah sebentar di Restaurant Penampang Ngiu Chap dan seperti yang sering diceritakan oleh kawan-kawan saya yang pernah singgah sini, makanannya memang sedap.

Mungkin ada lawan dengan Restaurant Menggatal Ngiu Chap di pekan Menggatal. Kedua-dua restauran tersebut ada kekuatannya sendiri.

Restauran Penampang Ngiu Chap terletak berdekatan dengan roundabout Donggongon yang ada "sigah/topi" besar. Betul-betul berhadapan dengan simpang masuk ke SMK Datuk Peter Majuntin,  Penampang. Restaurant ini juga bersebelahan dengan kedai perabot di tepi jalan Penampang Bypass dan juga kedai hardware.

Makanan di Restaurant ini memang sedap dan pelbagai. Anda patut cuba dan kongsikan pengalaman anda di ruangan komen.


Anda patut cuba restaurant ini. Restauran ini  memang sedap-sedap makanannya.
Load disqus comments

0 ulasan