Self Services Laundry Di Telipok Ria - CJ COIN Laundry Shop

Malas cuci kain punya pasal hari ini terpaksa buang lagi RM11 untuk cuci kain di self services laundry shop (CJ Coin Laundry) di Telipok Ria.  Kalau tak silap, inilah satu-satunya self services laundry shop di area Telipok Ria nie.

Bayaran RM6 untuk cuci kain dengan kapasiti 12kg dan RM5 untuk mesin pengering kain dengan jumlah kapasiti yang sama iaitu 12kg juga.

Kedai ini pengguna kena bawa sabun cuci dan softener sendiri. So bolehlah bubuh sabun cuci secukup rasa. Jangan terlebih bubuh sabun sudah. Ada banyak kes begitu berlaku di sini dan ianya amat merugikan penguna sebab kainnya nanti masih bersabun selepas cucian selesai.

Hajat hati nak kurangkan cuci kain di laundry shop sebab ianya agak mahal dengan ekonomi yang tidak seberapa nak bagus nie tapi air pula tak ada di rumah.

Sudah hampir 2 bulan masalah tak cukup air di Telipok Ria nie. Terfikir pula apa sudah jadi dengan duit-duit yang ditemui oleh SPRM di pejabat dan rumah bekas pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Sabah tempoh hari. Adakah itu salah satu penyebab masalah air di Sabah ini tidak pernah selesai?

Oklah, berbalik kepada self services laundry shop di Telipok Ria, kedai ini terletak di antara Klinik Rajang dan juga Klinik Dr. Zulfikar. Juga tidak jaih dari restauran mamak. So sambil tunggu kain dicuci bolehlah aku duduk lepak di restaurant itu sambil minum Lemon Panas. Hehehe

Cuci dan kering perlukan tempoh 1 jam. Nasib baik ada blog nie, bolehlah aku update sambil tunggu kain selesai dicuci.

Ada 4 mesin cuci kain dengan kapasiti 12kg dan 4 mesin pengering di kedai CJ COIN Laundry Shop ini. Yang bestnya mungkin sebab kedai ini baru dan belum diketahui rama maka tak banyak pengunjung yang datang buat masa inj.
Load disqus comments

0 ulasan