Tempat Makan Best Di Tuaran - Kedai Kopi Sanya

Tempat makan best di Tuaran - Kedai Kopi Sanya. Jika anda mencari restaurant yang bagus di area Tuaran, Kedai Kopi Sanya adalah salah satunya yang perlu anda kunjungi.

Ini kedai kopi pertama untuk koleksi kedai makan yang best di area Tuaran.

Jika anda berkunjung ke Tuaran dan ingin cari makan Kedai Kopi Sanya adalah salah satu kedai kopi yang patut anda kunjungi.

Saya sendiri sudah menjadikan kedai kopi ini menjadi salah satu restaurant yg sering saya kunjungi kerana makanannya yang sedap-sedap, layanan yang pantas dan kebersihan kedainya yang agak memuaskan.

Antara makanan yang popular di kedai ini ialah Kuching Laksa, Sarawak Kon Lau Mee, Roti Khawin Panggang, Sup Kepala Ikan (mereka gunakan Ikan Merah yang segar atau fresh), Bubur Isi Ikan dan banyak lagi.

Minuman kegemaran di sini? Kebanyakan pengunjung termasuk saya sendiri sering memesan Kopi Sejuk atau apa yang orang selalu sebut sebagai "Kopi Lang" yang telah disejukan dalam botol-botol kecil.

Nak cari tempat ini tak susah. Ianya terletak betul-betul bersebelahan/belakang Agro Bank Tuaran. Cuma kadang-kadang susah juga dapatkan parking kereta di tempat ini terutama pada hari Ahad sebelah pagi.

Kedai Kopi Sanya ini sering dikunjungi orang ramai. Bersedia untuk menunggu jika kekurangan tempat duduk. Hehe

Sebelum terlupa, kedai Kopi Sanya adalah dalam kategori non-halal kepada orang muslim.


Ok lah itu sahaja untuk edisi tempat makan best untuk kali ini. Ada masa nanti aku tulis pula untuk restauran lain ada dalam list aku.

Load disqus comments

0 ulasan