Adakan Cuci Kain Di Mesin Dobi Layan Diri Bersih?

Mungkin ramai antara kita yang gemar pergi cuci kain di mesin dobi layan diri. Ianya memang mudah kerana anda hanya perlu masukkan kain yang hendak dicuci, masukan duit siling dan tekan butang start. Tunggu 30 minit, kain anda sudah siap dicuci.

Tapi adakah anda pernah tertanya-tanya soalan ini, adakah kain yang anda cuci itu sudah bersih seperti yang anda harapkan? Saya pernah tanya diri sendiri soalan ini sewaktu menggunakan self-services laundry machine di kedai dobi.

Kerana ingin tahu saya buat sedikit penyelidikan. Caranya senang sahaja, selepas mesin tersebut selesai cuci kain yang saya sumbat masuk dalam tadi, saya angkat balik rumah dan membilasnya sekali lagi dalam baldi besar. Hasilnya, selepas semuanya selesai dibilas, saya mendapati air dalam baldi tersebut amatlah kotor dengan bermacam-macam kotoran yang sukar dilihat dengan mata kasar tertinggal dalam air di baldi tadi.

Photo: mudah.com.my
Antaranya ialah benda macam pasir, cebisan-cebisan halus benang, rambut dan sebagainya. Kesimpulan yang saya buat ialah kain yang anda cuci tersebut tidaklah besih seperti yang anda harapkan.

Bayangkan jumlah pengguna yang menggunakan mesin yang sama, dengan bermacam-macam kotoran yang melekat dan tertanggal dalam mesin cuci tadi, akhirnya melekat pula ke kain yang anda cuci. Ini kerana kotoran-kotoran tersebut tidak habis mengalir bersama air semasa proses 'Drain' dalam mesin cuci kerana mesin-mesin cuci layan diri ini tidak banyak menggunakan air.

Kotoran-kotoran tersebut kemudiannya melekat di seluruh liang-liang dan dinding di mesin basuh dan bila anda cuci kain anda ianya kemudiannya tertanggal dan melekat ke kain anda.

Bayangkan jika pengguna terdahulu kainnya amat kotor, atau menghidap penyakit kulit. Bukankan sisa penyakit kulit itu kemudiannya akan berjangkit ke kain cucian anda dan bila anda pakai, maka kemungkinan anda dijangkiti amat tinggi juga?

Atas semua situasi yang saya sebut di atas, kita berbalik kepada soalan asal. Adakah kain yang anda cuci di self-service laundry machine itu bersih? Secara peribadi selepas apa yang saya alami maka jawapan saya sudah tentu "TIDAK".

Atas alasan itu juga sekarang saya tidak pernah lagi menggunakan mesin-mesi dobi layan diri.
Load disqus comments

0 ulasan