Berapa Harga Rokok ERA Terkini Di Labuan

Berapa harga terkini rokok ERA di Labuan? Baru-baru ini disebarkan melalui Whatsapp yang harga rokok ERA akan naik pada tahun 2017 ini ke RM10 sekotak.

Benarkah begitu? Jika ini benar maka itu bermakna harga pasaran runcit selepas cukai rokok jenama ERA akan dinaikkan ke RM10.

Satu kenaikan yang agak besar dan membebankan kepada para perokok tegar.

Kenaikan ini juga bermaksud akan ada rokok jenama baru bakal muncul dalam pasaran tidak lama lagi. Ini kerana rokok yang baru diperkenalkan sudah pasti harganya agak rendah berbanding jenama yang sudah agak popular di kalangan perokok.

Kenaikan ini juga bermakna akan bertambah kegiatan penyeludupan rokok kerana rokok seludup kononnya harganya  lebih murah kerana tiada dikenakan cukai. Fakta ini hanyalah spekulasi kerana saya sendiri bukan perokok tegar dan jarang beli rokok. Haha...

Jadi isu hari ini ialah siapa yang tahu harga terkini harga rokok jenama ERA dari Labuan? Mohon kongsikan di sini di bahagian komen maklumat tersebut untuk informasi bersama.

Load disqus comments

0 ulasan