Cara Dapatkan Balik Sijil SPM atau PMR Yang Hilang

Cara dapatkan balik Sijil SPM, STPM atau PMR yang hilang - Tahukah anda bahawa jika sijil akademik anda hilang, anda tidak perlu risau sebab anda boleh sahaja mendapatkannya semula dengan senang.

Ya, untuk dapatkan sijil akademik yang hilang anda hanya perlu berhubung dengan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ada berberapa cara untuk anda boleh dapatkan kembali sijil SPM, STPM atau PMR anda yang hilang.

a. Anda datang sendiri ke kaunter Lembaga Peperiksaan di alamat berikut:

LEMBAGA PEPERIKSAAN,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA,
BLOK E 11, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
PRESINT 1,
62604 PUTRAJAYA
(UP: UNIT KECIL SIJIL)
TEL: 03-88843526 / 03-8884 3528 / 03-8884 3031
Anda boleh datang semasa waktu pejabat
*Isnin - Khamis: 8.30 pagi - 4.30 petang
*Jumaat: 8.30 Pagi - 12.30 T.hari - 2.45 petang - 4.30 petang

b. Anda boleh dapatkan semula salinannya melalui pos. Sila download borang permohonan salinan sijil SPM, STPM atau PMR anda di SINI

Lengkapkan borang tersebut dan poskan kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sila semak/berhubung dengan pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia sebelum anda berbuat demikian.

Untuk maklumat lebih terperinci anda boleh rujuk artikel ini Permohonan Salinan Sijil SPM,STPM atau PMR hilang.

Diharapkan maklumat ini berguna untuk anda. Sila kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.
Load disqus comments

0 ulasan