Diploma Seni Kulinari Di Sabah Diminati Pelajar Lepasan SPM

Kursus Diploma Seni Kulinari adalah antara kursus yang paling diminati oleh  pelajar-pelajar di Sabah. Situasi ini mungkin disebabkan perkembangan sektor pelancongan dan juga kesukaran mendapat pekerjaan di sektor-sektor yang lain.

Antara kolej di Sabah yang menawarkan kursus Seni Kulinari ialah Kolej Cosmopoint Sabah yang terletak di Wisma Times, Jalan Tuaran Bypass. Kolej ini mempunyai pelajar yang amat ramai dengan kemudahan pembelajaran yang lengkap dan amat murah berbanding dengan kolej swasta lain yang menawarkan kursus peringkat diploma yang sama di Sabah.

Program diploma seni kulinari di kolej cosmopoint sabah

Menurut pegawai pendaftar di Kolej Cosmopoint Sabah, yuran kursus Diploma Seni Kulinari di Kolej Cosmopoint Sabah hanya berjumlah RM22,400 dengan asrama disediakan secara percuma sepanjang pengajian untuk pelajar-pelajar baru sesi pengajian 2017.

Pelajar-pelajar yang mengambil kursus ini juga akan dibantu mendapatkan tempat praktikal dan pekerjaan selepas habis belajar.

Menurut pegawai tersebut, setakat ini tidak ada rekod menunjukkan adanya graduan Diploma Seni Kulinari dari kolej ini yang menganggur malah mereka mula mendapat tawaran kerja seawal masa mereka masih menjalankan program latihan industri (praktikal) di hotel-hotel bertaraf 4 hingga 5 bintang di Sabah, Labuan dan Semenanjung Malaysia yang mempunyai perjanjian persefahaman (MoU) dengan Kolej Cosmopoint Sabah.

Tahun ini mereka mensasarkan untuk mengeluarkan lebih ramai graduan dalam bidang Seni Kulinari.

Kolej Cosmopoint Sabah adalah kolej swasta milik Ekuinas (sebuah badan pelaburan milik kerajaan) dan kursus-kursus diploma yang ditawarkan di kolej ini sudah mendapat pengiktirafan penuh dari Malaysian Qualification Agency (MQA).

Berdasarkan kajian dan maklum balas industri dan rakan kerjasama kolej ini, keperluan industri di Sabah sahaja amat besar dalam bidang ini dan mereka yang mahir dan berkelayakan dalam bidang ini masih amat tidak mencukupi.

Pelajar yang sedang mencari-cari arah tuju karier masa depan selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) keluar boleh mempertimbangkan bidang kemahiran dalam seni kulinari kerana peluang pekerjaan dan perniagaan yang amat luas.

Graduan dalam bidang seni kulinari bukan sahaja boleh berkerja di Malaysia malah di luar negara yang menawarkan gaji yang amat lumayan

Mereka yang tidak berminat berkerja dengan mana-mana agensi atau syarikat boleh juga mempertimbangkan untuk memulakan perniagaan sendiri.

Pelajar yang berminat boleh berhubung terus dengan pihak Kolej Cosmopoint Sabah. Kami difahamkan bahawa bantuan pinjaman pendidikan dari PTPTN boleh diperolehi berserta biasiswa-biasiswa yang ditaja oleh pihak Kumpulan Pendidikan ILMU.
Load disqus comments

0 ulasan