Apple iPhone Service Center Di Sabah

Apple iPhone services center di Sabah - Anda adalah pemilik iPhone? Tentu anda macam saya tercari-cari iPhone service center di Sabah.  Phone jenis ini banyak sahaja masalahnya yang memerlukan anda menghantarnya ke service center.

Antara masalah yang sering saya hadapi ialah serangan virus, iPhone battery perlu diganti, screen rosak dan sebagainya. Untuk insan yang hanya tahu pakai tetapi tidak mempunyai pengetahuan teknikal tentulah perlukan perkhidmatan service membaiki Apple Iphone anda yang rosak.

Tahun lepas semasa screen iPhone saya rosak saya kebetulan berkunjung ke Guangzhou, China untuk mencari pembekal-pembekal barangan elektrikal dan barangan eletronik yang murah-murah, saya telah membawa Iphone saya yang telah rosak bersama untuk dibaiki di sana.

iphone, smartphone, apple, mac, service center di Sabah

Pusat membaiki smartphone di Guangzhou memang besar. Semua kedai-kedai specialist membaiki smartphone terletak di bangunan  yang terletak di digital city Guangzhou yang saisnya sebesar kompleks membeli-belah Center Point di Sabah. Dari groundfloor hingga ke tingkat 3 bangunan tersebut semua kedai membaiki smartphone dan persaingan antara kedai ini tentunya sengit. Akibat persaingan sengit tersebut, kos membaiki smartphone juga amat murah.

Tidak hairanlah kebanyakan kedai-kedai membaiki smartphone di Sabah ini agak mahal dan mengambil masa yang agak lama untuk membaiki smartphone anda yang rosak kerana smartphone pelanggan akan dikumpul dan dihantar ke Guangzhou untuk dibaiki dan dibawa kembali ke Sabah untuk diserahkan kepada pelanggan.

Sudah tentu kos perjalanan/pengiriman tersebut semuanya akan ditambah ke dalam kos membaiki smartphone anda.

Semasa berada di sana saya ada bertemu dengan wakil sebuah kedai membaiki phone dari Kota Kinabalu dan beliau memberitahu saya bahawa dia sudah duduk berberapa hari di Guangzhou menunggu phone pelanggan semuanya siap dibaiki.

Sebenarnya bukan semua kerosakan iPhone atau smartphone mereka hantar ke Guangzhou. Kedai-kedai iPhone service center di Sabah cuba membaiki phone anda di kedai mereka di Sabah tetapi untuk kerosakan yang lebih serius dan memerlukan parts/alat ganti yang pelbagai biasanya mereka akan hantar ke China untuk dibaiki keranya ianya lebih murah dan mudah.
Load disqus comments

0 ulasan