Kursus Pengendalian Makanan Di Sabah-Senarai Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM)

Kursus Pengendalian Makanan Di Sabah dan Senarai Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang berdaftar dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS). Jika anda ingin terlibat dalam bidang pengendalian makanan (Food and Beverage - F&B) sama ada ingin membuka restaurant atau terlibat dengan proses penyedian makanan maka anda harus mempunyai Sijil Pengendalian Makanan.

Sijil Pengendalian makanan ini hanya akan diberikan selepas anda telah menjalani kursus pengendalian makanan. Kursus pengendalian makanan ini hanya dijalankan oleh sekolah latihan pengendali makanan yang berdaftar dengan JKNS.

Semua individu yang ingin terlibat dengan F&B perlu mendapat kursus ini untuk menyediakan mereka dengan cara-cara pengendalian makanan yang sihat dan selamat. Ini kerana makanan adalah sesuatu yang amat sensitif kerana ianya berkaitan secara langsung dengan keselamatan dan kesihatan pelanggan atau pengguna.

Bayangkan jika makanan anda disediakan dengan cara yang kurang bersih, selamat dan tidak sihat. Malah penyedia makanan itu pula mungkin ada dijangkiti penyakit yang mudah berjangkit, sudah tentu ianya akan memberi masalah kepada kesihatan anda.

Begitulah pentingnya kursus pengendalian makanan ini sehingga kursus ini diletakkan dan diselia secara langsung oleh JKNS.

Jika anda berminat untuk mendapatkan sijil pengendali makanan sama ada untuk anda sendiri atau pekerja-pekerja di bawah tanggungjawab anda maka anda boleh menghubungi sekolah latihan pengendali makanan yang terdekat dengan anda.

Setakat ini kita mempunyai 19 sekolah latihan pengendali makanan yang berdaftar dengan JKNS. Jumlah ini mungkin akan ditambah pada masa akan datang bergantung kepada keperluan semasa.

Untuk mendapatkan senarai Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) di Sabah sila download senarai di sini.

READ ALSO: Diploma Seni Kulinari Kolej Cosmopoint Sabah

Anda juga boleh berhubung secara langsung dengan pihak JKNS untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kursus pengendalian makanan di Sabah.
Load disqus comments

0 ulasan