Pembekal Sarang Burung Walit Di Sabah

Pembekal sarang Burung Walit di Sabah. Sejak kebelakangan ini industri sarang Burung Walit menunjukkan peningkatan yang agak tinggi dan  semakin popular di Sabah.

Ini mungkin atas kepercayaan masyarakat umum bahawa sarang burung walit mempunyai faedah yang tinggi untuk kesihatan.

Tidaklah menghairankan permintaan ke atas sarang burung walit melonjak menyebabkan harganya juga turut melambung tinggi.

Sarang burung walit dahulunya dianggap makanan kesihatan yang hanya mampu dimiliki oleh mereka yang kaya atau berada.

Potensi ekonomi pengeluaran sarang burung walit ini turut dikongsi oleh penduduk Sabah. Kebelakangan ini rumah burung walit tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Di setiap pelosok kampung malah di kawasan pekan dan bandar juga terdapat banyak rumah burung walit.

Menyediakan rumah burung walit untuk mengeluarkan sarang burung walit memerlukan kesungguhan dan teknik yang tinggi dan tertentu. Maka tidak begitu ramai yang benar-benar boleh berjaya.

Seorang sahabat saya merupakan seorang pengeluar sarang burung walit yang agak berjaya. Sejak rumah burungnya dibina pada November 2014, beliau kini tidak menoleh ke belakang lagi.

Kini beliau adalah seorang dari pembekal sarang burung walit yang agak berjaya di Sabah. Pengeluaran sarang burung walit beliau semakin meningkat menjadikan beliau kini menjadi pembekal tetap kepada pembeli-beli sarang burung walit.

Semasa perbualan saya dengan beliau baru-baru ini, beliau menyatakan hasratnya untuk menambah kapasiti pengeluaran dan membekalkan terus ke negara China.

Jika anda memerlukan pembekal sarang burung walit sama ada yang sudah di proses atau belum anda boleh berhubung  terus dengan beliau En. Amir di talian 016-8106348.

Lokasi rumah burung beliau ialah di daerah Pitas. Pembeli yang berminat boleh juga membuat temujanji dengan beliau di Kota Kinabalu kerana beliau kerap turun ke bandar Kota Kinabalu untuk urusan pembekalan sarang burung walit.

Pada ketika artikel ini ditulis saya difahamkan oleh beliau bahawa permintaan burung walit amat tinggi terutama dari negara China.

Industri sarang burung walit ini sebenarnya masih mempunyai ruang yang cukup besar untuk berkembang.

Jika anda berminat untuk mencari pembekal burung walit di Sabah anda boleh berhubung terus dengan En.Amir, Tel: 016-8106348

Load disqus comments

0 ulasan