Mencabar Diri Mendaki Bukit Nuluh Lapai

Mendaki Bukit Nuluh Lapai di Kampung Lapasan Telipok.Berberapa minggu yang lepas saya ada buat post mengenai mendaki Bukit Tirig yang terletak di Kampung Lapasan Telipok. Kali ini saya kongsi pengalaman mendaki Bukit Nuluh Lapai yang juga terletak di Kampung Lapasan Telipok.

Sebenarnya kedua-dua bukit ini bersebelahan antara satu sama lain. Tidak hairanlah hari itu ada juga terserempak dengan pendaki-pendaki yang mencabar Bukit Nuluh Lapai yang sudah mendaki Bukit Tirig berberapa jam sebelum itu.

Itu untuk mereka yang mempunya stamina yang tinggi. Untuk pendaki yang tidak berapa tinggi daya tahan seperti aku, maka mendaki satu bukit seminggu pun sudah cukup mencabar.


Titik permulaan pendakian ke puncak Bukit Nuluh Lapai ini terletak betul-betul di hadapan jalan masuk ke Gayang Seafood Restauran yang terkenal dengan hidangan makanan lautnya.

Sebenarnya laluan ini baru diteroka/diwujudkan oleh penduduk Kampung Lapasan. Boleh kelihatan penduduk kampung sedang membina pondok menjual buah dan minuman dan papan tanda juga baru dibina.

Syabas kepada penduduk kampung yang terlibat.
Pendakian dari titik permulaan di tepi jalan besar ke puncak ini agak mencabar berbanding dengan pendakian ke Bukit Tirig. 

Pendakian dari titik permulaan sampai ke puncak amat memenatkan berbanding dengan pendakian di Bukit Tirig. Laluan mendaki dibuat di celah-celah kayu dan agak curam menyebabkan aku terpaksa berhenti berberapa kali untuk melepaskan penat dan lenguh di kaki. 
Pendaki kena lebih berhati-hati semasa mendaki kerana jalannya yang agak curam, terdapat tunggul kayu di laluan mendaki dan juga tali hutan yang boleh menyebabkan anda boleh jatuh tergolek jika kaki tersandung/tersangkut semasa mendaki.

Pemandangan di puncak memang amat cantik. Pengemar melihat matahari terbenam atau jurugambar boleh duduk di pondok-pondok yang disediakan sementara menunggu detik matahari terbenam untuk mengambil gambar.

Tandas dan jualan minuman ringan juga ada di puncak bukit ini. Memang agak cantik kerana bunga-bunga banyak ditanam di puncak oleh penduduk kampung. Ada ambil gambar tapi terdelete lah pulak sebelum sempat upload di sini.

Cuma satu...pastikan anda membawa bersama lampu suluh jika berbuat demikian kerana perjalanan turun selepas matahari terbenam agak gelam dengan lorong/laluan mendaki yang agak curam, sempit dan gelap kerana sepanjang laluan adalah di bawah pohon yang redup biarpun semasa matahari masih bersinar.

Rating... aku rasa mendaki Bukit Nuluh Lapai lebih mencabar berbanding mendaki Bukit Tirig. Kepada yang belum mendakinya anda bolehlah mencabar diri anda mencuba mendaki Bukit Nuluh Lapai ini.
Load disqus comments

0 ulasan