Pameran Pendidikan StudyMalaysia Di Sabah Tahun Ini

Pameran Pendidikan (Education Fair) StudyMalaysia di Sabah tahun ini. Hujung minggu lepas saya berpeluang untuk mengunjungi pameran pendidikan anjuran StudyMalaysia dari 11 - 12 March 2017 yang bertempat di Suria Sabah Shopping Mall di Kota Kinabalu.

Setiap tahun StudyMalaysia akan mengadakan education fair di Sabah dan tahun ini tidak terkecuali. 

Cuma tahun ini agak sedikit institusi pendidikan awam dan swasta yang turut serta kerana acara anjuran StudyMalaysia  ini bertembung dengan Jom Masuk U Carnival anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) di 1Borneo Mall pada hari dan masa yang sama.

Ini menyebabkan education fair anjuran StudyMalaysia di Suria Sabah kurang pengunjung pada kali ini.
Pastinya dari segi pulangan kewangan dari anjuran pameran pendidikan kepada pihak penganjur StudyMalaysia juga agak sedikit pada tahun ini.

Pameran Pendidikan di Sabah StudyMalaysia


Apa pun selepas melawat semua booth pameran dari berberapa institusi pendidikan awam dan swasta saya mendapat ada juga sedikit pengetahuan tambahan yang dapat diperolehi terutamanya jenis-jenis kursus dan hala tuju selepas SPM.

Pengunjung dinasihatkan untuk mengambil masa, berfikiran terbuka, banyak bertanya dan jangan terburu-buru semasa mengunjungi pameran-pameran pendidikan seperti ini kerana wakil atau kakitangan dari kolej-kolej swasta ini sudah tentu akan mengambil peluang promosi dan menarik minat pelajar-pelajar untuk belajar di kolej dan universiti mereka.


Sudah tentu para pelajar akan mendapat pelbagai info dan maklumat, tidak jarang berlaku kecelaruan semasa membuat perancangan dan pertimbangan semasa membuat pilihan untuk memilih halatuju selepas SPM

Memang pameran-pameran pendidikan seperti ini wajar dibuat dari masa ke semasa untuk membolehkan pelajar mendapat info terkini mengenai peluang-peluang melanjutkan pelajaran di dalam negara mahupun di luar negara.

Selepas  ini saya difahamkan akan ada pula Karnival Pendidikan MARA di Suria Sabah selepas keputusan SPM diumumkan.
Load disqus comments

0 ulasan