Tukang Urut Tradisional Di Tamparuli

Tukang Urut Tradisional di Tamparuli. Lebih kurang tiga (3) minggu yang lepas, saya mengalami sakit-sakit badan. Terfikir untuk minta urut tulang dan urat. Kedai atau tukang urut tradisional tersebut dijalankan seorang lelaki yang berumur lebih kurang 50 tahun ke atas.

Saya telah diberitahu sebelum ini yang ada satu tukang urut tradisional yang baik di pekan Tamparuli. Sebelum ini pun saya pernah hantar wife untuk berurut di sana. Rasanya tukang urut tersebut memang bagus.

Masalah tersalah urat di bahagian belakang wife saya telah reda selepas berurut di sana.

 
Jika anda hendak ke sana memang agak susah mencari lokasinya kerana kedainya tidak mempunyai papan tanda. Yang baiknya, kedai-kedai sekitarnya tahu mengenai dimana lokasi kedai tukang urut tradisional tersebut. Anda hanya perlu tanya mereka sahaja untuk tunjuk arah.

Lokasi kedainya terlekat berdepan dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seberang jalan di pekan Tamparuli.

Biasanya masa yang di ambil untuk urut adalah antara 5 hingga 10 minit sahaja. Melihat kepada jumlah orang ramai yang datang minta perkhidmatan urut di kedai tersebut.

Jika anda memerlukan perkhidmatan urutan tradisional kedai ini dibuka dari hari Ahad - Jumaat setiap hari dan tutup pada hari Sabtu.

Mengenai bayaran pula pengunjung/pelanggan tidak dikenakan bayaran tetap untuk perkidmatannya. Bayarannya ialah terpulang kepada budibicara pelanggan untuk memberi. Saya biasanya memasukkan wang dalam sampul awal-awal sebelum datang ke kedai tersebut.

Jika anda memerlukan perkhidmatan urutan tradisional bolehlah berjumpa dengan beliau. Antara perkhidmatan yang diberikan ialah urutan salah urat, tulang terseliuh, urutan membetulkan peranakan wanita dan urutan selepas bersalin.

Anda juga boleh bertanyakan secara terus dengan beliau bahan-bahan herba untuk tujuan perubatan tradisional untuk penyakit-penyakit tertentu. Beliau juga mempunyai pengetahuan yang luas mengenai perubatan tradisional.
Load disqus comments

0 ulasan