4 Cara Berniaga Barang Borong Murah Dari China Online

Semalam saya chatting dengan seorang rakan lama di FB, dan dia sekarang ini tinggal di Pulau Pinang dan dia ni berminat sangat nak cuba bisnes borong China, sebab dia nampak keuntungan yang boleh dijana.

Memang sudah ramai yang berjaya menjana keuntungaan sehingga 5 angka secara senyap dalam bisnes ini.

Dia kata nak buat kecil-kecilan je, dan secara part time. Lagi pun dia nie suri rumah sepenuh masa, tapi kerana tak sampai hati tengok suami kerja sorang, tu yang dia fikir nak bantu dengan mula buat bisnes secara part time. Modal dia pun tak banyak, dalam RM300 je. Nak join trip borong pergi China tak mampu lagi...

Supplier barang dari China

Isu perbelanjaan nak ke China ada juga kami bincangkan. Mungkin anggaran perbelanjaan memborong ke China boleh membantu anda sedikit sebanyak membuat keputusan.

Ilmu tak boleh kedekut, seperti mana aku dulu join trip ke China, perbelanjaan yang terpaksa di tanggung aku share kat bawah nie...

Anggaran Perbelanjaan
1. Tiket Kapal Terbang      RM1,100 - return ticket
2. Visa                               RM200
3. Hotel                             RM600
4. Makan & Pengangkutan  RM600
5. Shipping & Bagasi          RM500

JUMLAH                           RM3,000
cara berniaga barang borong murah dari China
 
Nampak tak jumlah tu RM3,000! Itu belum masuk kos borong barang dan shipping tau. Pendek kata kita perlukan sekurang-kurangnya RM 6,000 hingga RM10,000 untuk satu trip memborong ke China.

Untuk yang baru nak mula, persoalan utama ialah mana nak cari jumlah wang sebanyak tu?

Dia tanya saya lagi, boleh lagi ke import dari China macam tu? Tentu sekali boleh, malah saya sekarang ini juga import barang borong murah dari China secara online je.

Jadi saya pun terangkan bagaimana saya sendiri start dengan RM500 sahaja.

Saya pun explain kalau modal kecil, tak boleh buat macam jerung-jerung buat trip pergi China semua, sebab makan kos. Modal kecil kena borong secara online. Macam mana tu?

Sebenarnya kita boleh sahaja berniaga barang borong murah dari China dengan membelinya secara online. Anda boleh membelinya dari webportal TaoBao.com dan juga di portal 1688.com
berniaga barang dari China
TaoBao.Com
barang borong murah dari china online
1688.com
Cuma masalahnya kedua-dua website tersebut menggunakan Bahasa China dan untuk yang tidak boleh membaca tulisan Bahasa China memang ianya satu masalah.

Setiap penyakit ada ubatnya bukan, setiap masalah ada penyelesaiannya. Sebenarnya simple sangat nak borong barang dari kedua-dua webportal memborong tersebut.

So bagaimana nak buat untung banyak dengan hanya memborong barangan dari China secara online?

Ramai yang telah melakukannya dan berjaya, anda juga boleh!

Sebelum bermula anda mungkin terpaksa memikirkan jawapan kepada soalan kat bawah nie.

a. Bagaimana mengetahui barangan apa yang boleh dijual dan disukai ramai?
b. Bagaimana menentukan apa produk pertama yang akan anda borong dan jual?
c. Bagaimana mencari pembekal (supplier) yang boleh dipercayai?
d. Bagaimana mengelak dari ditipu dan barangan yang kualiti rendah/rosak?
e. Bagaimana untuk bermula?

Besar kemungkinan anda akan mula berfikir dan berfikir dan akhirnya keliru. Itu biasa. Saya dahulu juga mengalami hal yang sama.

Yang paling utama anda tenang dan ikut sahaja langkah demi langkah (step-by-step) jangan lompat dan terus berlari, kelak anda tersungkur jatuh jika tidak memahami asasnya terlebih dahulu.

Sebenarnya semuanya adalah "Everything is simple until you make it complicated" Jangan gopoh dan terburu-buru.

Saya katakan kepada kawan tadi bahawa jika dia ada RM500 sekarang juga boleh bermula bisnes part time jual barang borong murah dari China.

Mungkin 4 cara/teknik berniaga barang borong murah dari China online dibawah boleh membantu anda sedikit sebanyak.

Teknik ini saya pelajari dari Panduan Memborong Dari China Secara Online yang di tulis oleh saudara Nigel Ong seorang pemborong barangan dari China secara online yang sangat berjaya dengan pendapatan bulanan sehingga 5 angka sebulan. Hebat bukan!

1. Cari produk yang baik dan berguna - Anda kena buat sedikit kaji selidik dan pemerhatian dalam peringkat ini.
2. Cari pembekal yang baik dan jujur - Ada cara-cara tertentu untuk mencari dan menentukan pembekal yang baik dan jujur.
3. Jual sample barangan - Anda beli online dalam kuantiti yang sedikit dahulu untuk test market!
4. Tingkatkan jumlah produk dan jualan anda!

Lastly, aku nak ucap terima kasih kepada saudara Nigel Ong atas E-Booknya yang bertajuk Rahsia TaoBao kerana dari buku beliaulah juga yang banyak membimbing saya dalam bisnes memborong dari China secara online sehingga ke tahap sekarang ini.

Kepada yang berniat untuk berniaga barang borong murah dari China, dengan kemajuan teknologi online sekarang ini

anda tidak perlu lagi berbelanja lebih untuk memborong dan berniaga barang dari China dengan cepat dan murah.
Load disqus comments

0 ulasan