XM Forex Local Depositor Di Malaysia Panduan Deposit Dana Ke Akaun XM Forex Anda

XM Forex local depositor di Malaysia. Anda sudah mendaftar di XM Forex dan berhajat untuk deposit wang ke dalam akaun anda? Tak tahu caranya? Jika belum mendaftar sila daftar akaun trading anda di XM Forex Register.

Jika anda belum ada pengetahuan mendalam mengenai bagaimana teknik dan cara trade forex anda boleh mendaftar di bahagian XM Forex Demo Account sahaja dahulu.

Sebelum itu anda dinasihatkan untuk membaca post kami terdahulu yang amat popular dalam kalangan pengemar pasaran forex di Malaysia mengenai adakah XM Forex Penipu. Soalan No.1 yang sering ditanya selepas mendaftarkan akaun anda ialah bagaimana cara deposit XM Forex di Malaysia? Di mana tempat  local depo XM Forex di Malaysia?

Soalan bagaimana deposit ke akaun XM Forex di Malaysia ini kemudiannya membawa anda ke soalan-soalan lain seperti  seperti berapakah amaun minima yang diperlukan untuk membuat deposit dan berapa masa diambil untuk amaun itu dikreditkan ke dalan akaun trading anda.

Soalan-soalan lain seperti bagaiman cara withdraw XM Forex atau XM withdrawal di Malaysia juga antara soalan hangat yang sering ditanya. Untuk soalan ini kita akan bincangkan kemudian di panduan XM Forex yang lain. Harap bersabar. Kita akan cuba jawap satu-satu soalan anda.

Sebenarnya ada berberapa cara bagaimana anda boleh deposit dana ke XM Forex ke akaun trading anda. Anda hanya perlu memilih cara yang termudah atau senang dan sesuai dengan anda.

Sebelum anda mula trade forex tentu anda perlu mempelajari dahulu strategi-strategi dan kemahiran trade forex. Saya dahulu banyak membaca dan meneliti berbagai sumber ilmu trading forex dan antara buku yang sering saya rujuk ialah buku Hunter's Field Guide To Forex yang sehingga kini saya masi terus merujuknya dari masa ke semasa.

Berikut adalah cara-cara bagaimana anda boleh deposit ke akaun XM Forex trading akaun anda. Sila rujuk senarai di bawah:
a. Credit/Debit Cards,
b. Neteller,
c. Skrill (MoneyBookers),
d. XM MasterCard,
e. Bank Wire Transfer,
f. WebMoney,
g. Western Union,
h. China UnionPay.

Cara yang anda pilih adalah bergantung kepada keselesaan dan kesesuaian dengan situasi dan kedudukan kewangan anda. Perlu anda ketahui bahawa kesemua cara deposit bertujuan untuk masukkan atau salurkan deposit itu kepada akaun XM forex broker dan seterusnya ke akaun anda.

Sekarang cuba lihat dan teliti setiap satu cara deposit ke akaun XM Forex trading akaun anda ini secara mendalam dan untuk memilih cara mana yang perlu digunakan adalah bergantung sepenuhnya kepada anda. Kesemua cara yang kita akan bincangkan ini adalah cara yang biasanya digunakan oleh para trader XM Forex di seluruh dunia bergantung kepada di negara mana trader ini berada.

XM Forex – Deposit melalui Kad Kredit/Debit (Termasuk XM MasterCard)
XM Forex local depositor di Malaysia guna kad kredit atau debit card dan XM Card

Cara ini adalah yang paling mudah dan disukai kebanyakan XM Forex trader terutama trader-trader di Malaysia untuk deposit ke dalam akaun trading mereka. Dalam masa hampir semua orang memilik kad/debit kad, cara ini menjadi antara yang amat popular dan menjadi pilihan ramai.

Sebelum anda menggunakan kad kredit/debit untuk mendeposit dana ke akaun XM Forex anda dinasihatkan untuk mengambil perhatian yang serius dan teliti mengenai perkara-perkara berikut:

• Sila ambil perhatian bahawa semua pengeluaran wang tidak termasuk keuntungan hanya boleh dibayar kembali ke kad kredit yang sama yang anda gunakan pada deposit permulaan.
• Semua bayaran atau pemindahan dana hendaklah dibuat dengan Kad Kredit yang dikeluarkan di atas nama pemegang akaun XM Forex.
• Harus diingat bahawa pembayaran kepada pihak ketiga TIDAK DITERIMA dan akaun anda akan DIBATALKAN jika berbuat demikian.
• Pembayaran yang anda buat mestilah dibuat dari satu akaun yang didaftarkan atas nama yang sama seperti yang anda daftarkan di XM Forex.
• Jika anda berhasrat membuat deposit menggunakan Kad XM Forex, sila gunakan laman Pilihan Deposit dan gunakan (Select) pilihan XM MasterCard. XM Forex tidak  akan cas apa-apa komisen atau bayaran perkhidmatan. Jika anda memilik kad XM Mastercard anda digalakkan berbuat demikian kerana ianya lebih mudah dan pantas untuk deposit dana ke akaun XM Forex anda.
• XM Forex akan kreditkan akaun anda hanya dalam berberapa minit selepas anda mebuat pembayaran dan anda akan diberitahu melalui email. Anda suda boleh mula berdagang dengan serta-merta selepas itu. Cara ini amat mudah dan senang.  Sebab itulah kebanyakan pengguna atau forex trader lebih gemar memilih pembayaran deposit dana ke akaun XM Forex mereka untuk memulakan aktiviti perdagangan.

NETELLER – Cara gunakan Neteller untuk deposit dana ke akaun XM Forex anda

XM Forex local depositor di Malaysia guna Neteller

Selain dari menggunankan kad kredit/debit untuk deposit dana ke akaun XM Forex anda juga boleh menggunakan  NETELLER untuk membuat bayaran atau pemindahan dana ke akaun SM Forex anda. Penggunaan Neteller juga amat mudah, cepat dan selamat serta bebas.

Walau bagaimanapun anda dinasihatkan untuk mengambil maklum dan meneliti maklumat di bawah sebelum membuat apa-apa urusniaga untuk pembayaran membuat deposit ke akaun XM Forex anda menggunakan Neteller.

• Sila ambil maklum bahawa XM tidak menerima jumlah penuh yang anda deposit kerana NETELLER mengenakan bayaran perkhidmatan memproses ke atas transaksi yang anda lakukan. Walau bagaimanapun, yang baiknya ialah XM akan menanggung yuran yang dikenakan oleh NETELLER, dengan mengkreditkan akaun anda dengan jumlah yang sama.
• Seperti mana pembayaran menggunakan kad kredit/debit semua pembayaran dana ke akaun XM Forex anda mestilah dilakukan daripada satu akaun berdaftar dengan nama sama seperti nama yang anda gunakan untuk mendaftar akaun XM anda.
• Kebaikan pembayaran dana melalui Neteller ialah XM akan kreditkan akaun anda hanya dalam beberapa minit selepas pembayaran dibuat dan anda akan dimaklumkan melalui email supaya anda boleh mula melakukan trade serta merta.

Skrill/MoneyBookers – Cara deposit dana ke akaun XM Forex anda menggunakan Skrill/Moneybooker.
XM Forex local depositor di Malaysia guna Skrill Moneybookers

Skrill/moneybookers sering menjadi pilihan ramai untuk tujuan transaksi seperti menghantar wang, pertaruhan bola sepak, membeli-belah online, pembelian dalam permainan online dan juga menjadi pilihan yang popular dalam kalangan forex trader untuk deposit dana ke dalam akan XM Forex mereka.

Tidak hairan jika ramai yang menggunakannya kerana ianya salah mudah, cepat dan selamat untuk deposit dana ke akaun XM anda.

Walau bagaimanapun sebelum anda meneruskan transaksi melalui Skrill/MoneyBookers, sila ambil maklum info di bawah:

• Seperti mana Neteller iaitu XM tidak menerima jumlah penuh yang anda bayar kerana Skrill/MoneyBookers akan mengenakan bayaran perkhidmatan memproses transaksi anda. Walau bagaimanapun, XM akan menanggung yuran yang dikenakan oleh Skrill/MoneyBookers, dengan mengkreditkan akaun anda dengan jumlah yang sama.
• Sila pastikan bahawa semua pembayaran adalah dibuat daripada satu akaun berdaftar dengan nama sama seperti akaun XM anda.
• XM akan kreditkan akaun anda dalam beberapa minit dan memberitahu anda melalui email supaya anda boleh mula berdagang dengan serta-merta.

Bank Wire Transfer – Deposit dana ke akaun XM Forex anda melalui Bank Wire Transfer
XM Forex local depositor di Malaysia guna Bank Wire Transfer

Kebaikan Bank Wire Transfer untuk deposit dana ke akaun XM Forex anda ialah kerana XM menanggung kesemua bayaran perkhidmatan pemindahan yang dikenakan oleh bank-bank mereka, kecuali deposit yang berjumlah kurang daripada 200 USD (atau jenis mata wang yang setara). Ini bermakna anda jika anda hendak menggunakan system Bank Wire Transfer anda mestilah membuat transaksi melebihi USD200.

Untuk membuat transaksi Bank Wire Transfer anda perlu sediakan maklumat berikut kepada bank anda  dengan arahan pembayaran seperti  di bawah untuk dana dimasukkan ke dalam akaun XM Forex anda.

XM Forex local depositor di Malaysia guna Bank Wire Transfer

Anda juga diingatkan untuk memastikan perkara atau info seperti di bawah adalah sama sebelum anda anda melakukakan transaksi deposit melalui Bank Wire Transfer;

• Sila pastikan bahawa semua pembayaran adalah dibuat daripada satu akaun berdaftar dengan nama sama seperti akaun XM anda.
• Penting: Nombor akaun XM anda perlu disertakan dalam butiran bayaran pemindahan.
Di Malaysia, system Wire Bank Transfer ini kurang popular kerana jumlah yang anda ingin depositkan mengambil masa untuk dikreditkan ke dalam akaun XM Forex anda.

WebMoney Transfer – Cara deposit dana ke akaun XM Forex anda melalui WebMoney Transfer
XM Forex local depositor di Malaysia guna WebMoney

Mungkian anda pernah dengar mengenai WebMoney Transfer. WebMoney Transfer ialah sistem pembayaran global untuk aktiviti perniagaan dalam talian yang amat popular, malah hampir sama popular dengan paypal.

Sebelum anda meneruskan dengan deposit melalui WebMoney, sila perhatikan perkara berikut:

• XM tidak menerima jumlah penuh yang anda deposit kerana WebMoney mengenakan bayaran memproses transaksi anda. Walau bagaimanapun, XM akan menanggung yuran yang dikenakan oleh WebMoney, dengan mengkreditkan akaun anda dengan jumlah yang sama.
• Sila pastikan bahawa semua pembayaran adalah dibuat daripada satu akaun berdaftar dengan nama sama seperti akaun XM anda.
• XM akan kreditkan akaun anda dalam beberapa minit dan memberitahu anda melalui email supaya anda boleh mula berdagang dengan serta-merta.

WESTERN UNION – Cara deposit dana ke akaun XM Forex anda melalui Western Union
XM Forex local depositor di Malaysia guna Western Union

Western Union adalah salah satu cara kiriman wang yang amat popular di seluruh dunia. Ini kerana mengirim wang menggunakan Western Union amat mudah dan cepat dan juga selamat. Western Union dikenali dan diterima pakai di hampir semua negara di seluruh dunia dan banyak bank-bank perdagangan juga mengiktiraf Western Union sebagai agen pemindahan dana. Western Union Company adalah sebuah syarikat perkhidmatan kewangan dan komunikasi Amerika.

Jika anda menggunakan Western Union untuk deposit dana ke akaun XM Forex anda, anda hanya perlu melawat wakil-wakil syarikat Western Union yang diberi kuasa oleh Western Union. Di Malaysia kebanyakan bank-bank perdagangan seperti Maybank, Public Bank Malaysia, RHB Bank, Public Bank dan lain-lain ada menyediakan perkhidmatan Western Union.

Anda hanya perlu melawat ejen Western Union yang terdekat dengan anda. Untuk mencari pejabat Western Union yang terdekat sila klik pada Pilih Ejen Western Union di Malaysia.

Sila ambil perhatian pada perkara berikut:

XM Forex local depositor Malaysia guna Western Union

Penting: Nombor akaun XM anda perlu disertakan dalam butiran bayaran pemindahan.
• Bagi mengelakkan kelewatan dalam mengkreditkan akaun MT4 anda sila hantar resit bayaran ke deposits@xm.com.
• Anda perlu menyatakan Cyprus (Ahli Negara - EU) sebagai negara destinasi penerima dan tidak Northern Cyprus. Western Union menganggap ini sebagai dua negeri yang berasingan, dan dalam hal anda nyatakan Northern Cyprus sebagai negara destinasi, kami tidak akan mampu untuk menerima dana yang anda hantar kepada kami.
Komisen: Bergantung kepada negara dana dihantar dari mana.
• Sebarang bayaran dikenakan oleh Western Union dibayar oleh pelanggan. XM kredit akaun pelanggan dengan jumlah akhir yang diterima.
Batasan: Jumlah minimum $ 100 dicampur dengan jumlah komisen.
Pelepasan: Dalam masa waktu bekerja biasa apabila menerima wang tunai. Pembayaran yang tiba di hujung minggu atau di luar waktu kerja biasa akan disimpan dalam tempoh hari bekerja berikutnya.
Mata wang: Dana boleh dihantar dalam apa-apa mata wang, tetapi untuk mengelakkan kerugian yang didapati pada penukaran mata wang, kami amat mengesyorkan bahawa dana akan dihantar dalam matawang yang sama sebagai matawang dalam akaun perdagangan di mana wang akan didepositkan.

Cara Deposit XM Forex - China UnionPay
XM Forex local depositor di Malaysia guna China UnionPay

Pernahkah anda mendengar mengenai China UnionPay? Walaupun penggunan China UnionPay bukanlah satu cara pilihan yang popular untuk deposit dana/fund ke akaun XM Forex di Malaysia tetapi elok juga kita bagi sedikit info di sini untuk kemudahan anda. Manalah tahu satu hari nanti anda terpaksa guna perkhidmatan China UnionPay untuk deposit dana ke akaun XM anda dari Malaysia. Sebenarnya China UnionPay kad bank adalah salah satu portal paling berwibawa yang menawarkan pelbagai maklumat bank kad dan perkhidmatan, pencarian produk perbandingan kad CUP standard paling lengkap, kad CUP luar negara panduan, pembayaran antara bank kad kredit percuma, dalam dan luar negeri.

Walau bagaimana pun sebelum anda terlibat dengan sebarang transaksi dengan China UnionPay untuk transfer dana ke akaun XM anda ada baiknya anda membaca dan meneliti info-info di bawah:

• Semua Bayaran hendaklah dibuat dengan Kad Kredit yang dikeluarkan di atas nama pemegang akaun. Pembayaran kepada pihak ketiga Tidak Diterima dan membawa kepada pembatalan akaun.
• Sila pastikan bahawa semua pembayaran adalah dibuat daripada satu akaun berdaftar dengan nama sama seperti akaun XM anda.
• XM tidak cas apa-apa komisen atau Yuran untuk Deposit melalui Kad Kredit.
• XM akan kreditkan akaun anda dalam beberapa minit dan memberitahu anda melalui email supaya anda boleh mula berdagang dengan serta-merta.

Video cara deposit dana ke akaun XM Forex anda

Yang terakhir dan sangat penting sila tonton video di bawah menunjukkan cara-cara deposit dana ke akaun XM Forex anda melalui berberapa cara. Diharapkan selepas ini anda tidak mempunya masalah untuk memasukkan deposit ke akaun trading anda lagi.



Rasanya soalan apa XM Forex local depositor di Malaysia telah dijawab melalui penerangan-penerangan cara-cara buat deposit dana ke akaun XM Forex anda di atas. Batasan lokasi dan waktu dengan kemajuan teknologi hari ini bukanlah halangan untuk anda menjadi forex trader yang berjaya. Tidak seperti dahulu semasa saya mula-mula berjinak-jinak trading forex yang mana hanya 2 cara deposit dana iaitu guna kad kredit atau Bank Wire Transfer.  Sila ambil perhatian bahawa XM tidak menerima dan/atau menyimpan apa-apa kad kredit peribadi atau maklumat pembayaran.

Perkara penting yang anda harus ingai ialah semua urus niaga/transaksi yang anda buat diproses dan dilindungi oleh Level 1 PCI-DSS Certified Independent International Payment Gateways. Ini sudah tentu adalah satu perkara penting untuk menghilangkan sebarang keraguan dipihak anda dalam proses pemindahan/transfer dana ke akaun XM Forex anda.

Dapatkan Bonus Deposit anda dengan membuka Akaun REAL XM Forex Broker
Load disqus comments

0 ulasan