Adsense vs Affiliate Marketing, Mana Lebih MUDAH Dan PANTAS Buat Duit - Part 1

Persoalan Adsense vs Affiliate Marketing, Mana Lebih Mudah, Pantas Dan Untung sering ditanya dan menjadi masalah kepada pemilik blog atau website. Debat pasal Adsense vs Affiliate Marketing mana lebih baik tidak pernah selesai.

Ada blogger kata Adsense lebih mudah dan cepat buat duit online. Ada ramai juga blogger yang kata affiliate marketing lebih mudah dan cepat jana income online.

Mana satu lebih menguntungkan Adsense vs Affiliate Marketing

Lantas antara kedua-duanya yang mana satu sebenarnya yang lebih baik dan menguntungkan?

Apa itu Adsense

Adsense adalah  kaedah menjana income online dari Google sendiri. Pada dasarnya Adsense adalah sistem pengiklanan yang disediakan oleh Google, back-to-back dengan satu lagi program dikenali sebagai Adwords juga milik Google.
AdSense (Google AdSense) is an advertising placement service by Google. The program is designed for website publishers who want to display targeted text, video or image advertisements on website pages and earn money when site visitors view or click the ads.
Secara ringkasnya AdSense (Google AdSense) adalah satu perkhidmatan pengiklanan yang disediakan oleh Google. Program ini direka bentuk untuk penerbit/pemilik laman web yang ingin memaparkan teks iklan, iklan video atau imej pada laman web dan pemilik laman web tersebut akan mendapatkan wang apabila pelawat laman web melihat atau klik iklan yang dipaparkan.

Apa itu Affiliate Marketing?

Lalu apakah pula 'Affiliate Marketing'? Adakah menjana income online guna affiliate marketing lebih bagus berbanding Adsense? Ada dua persoalan utama dan saya akan cuba jelaskannya seketika nanti.

Adalah penting untuk anda mengetahui makna dan proses menjana income online dari affiliate marketing. Di blog-blog saya yang lain, saya menggunakan kaedah affiliate marketing untuk menjana income online.

Ketika ini saya banyak mempromosikan produk-produk dari Lazada Malaysia, dan juga Forex Affiliate. Kedua-duanya mulai menunjukkan hasil yang baik sejak dimulakan awal bulan January 2017 tahun ini juga.

Pada masa ini kebanyakan masa saya gunakan untuk mengandakan income dari affiliate marketing kerana potensinya yang tidak terhingga dan juga kerana anda boleh mengawal cara dan proses menjana income dari kaedah ini.

Ramai blogger terdahulu yang kini sudah berjaya sering berkata "Don't put all the eggs in one basket" betulkah tu? Yang bermaksud dalam persoalan menjana income online, anda perlu mempelbagaikan (diversify)  kaedah yang anda gunakan untuk buat duit online.

Berbalik kepada persoalan makna dan proses 'Affilate Marketing' penjelasan (dalam Bahasa Inggeris) di bawah adalah maksud dan proses yang amat tepat mengenai affiliate marketing.
Affiliate marketing is the process of earning a commission by promoting other people's (or company's) products. You find a product you like, promote it to others and earn a piece of the profit for each sale that you make.
Daripada penjelasan di atas, affiliate marketing boleh disimpulkan dalam bahasa mudahnya sebagai membantu promosi produk orang lain dan kita akan mendapat komisyen dari setiap jualan yang kita buat melalui usaha mempromosi tersebut.

Mudah bukan? Jika anda menemui sesuatu produk yang menawarkan  komisyen maka apa yang perlu anda buat ialah mempromosikan produk tersebut dan jika ada jualan yang terhasil anda akan dibayar komisyen.

Persoalannya ialah bagaimana mempromosikan produk-produk tersebut online? Saya akan menulis mengenai topik ini secara terperinci pada sesi yang lain.

Apa kelebihan dan kekurangan Adsense?

Jika gunakan Adsense, apakah kelebihan Adsense? Tentu sekali ada kelebihan-kelebihannya tersendiri. Dan kelebihan-kelebihan Adsense ini menyebabkan Adsense menjadi salah satu program monetization yang paling popular di seluruh dunia.

Berikut ialah kelebihan-kelebihan Adsense:

1. Adsense adalah platform yang paling boleh dipercayai dan mempunyai reputasi yang baik dan kuat kerana ianya adalah dimiliki oleh Google. Google adalah search engine yang terbesar di dunia dan sudah tentu pengurusan kewangan dan pengiklanannya adalah mantap.

2. Pengguna Google Adwords adalah besar/ramai mana slot iklan untuk Adsense anda sentiasa terisi dengan iklan dan tidak akan kosong berbanding platform pengiklanan yang lain.

Kelemahan utama Adsense ialah:

1. Tidak semua blog/website diterima untuk dapatkan akaun Adsense. Sekarang ini Google begitu berhati-hati dan teliti memilih pengiklan/publisher mana yang diterima atau ditolak dalam program pengiklanan Adsense.

2. Payout Adsense agak tinggi iaitu anda harus mempunyai sekurang-kurangnya USD100 dalam akaun anda sebelum anda boleh memohon untuk dibayar. Untuk website/blog baru yang jumlah pengunjungnya masih amat kurang, usaha mencapai USD 100 bukan perkara senang malah mengambil masa berbulan-bulan.

Apa kelebihan dan kekurangan Affiliate Marketing?

Seperti juga Adsense affiliate marketing juga mempunyai kelebihan dan kelemahannya sendiri. Berikut adalah berberapa kelebihan dan kelemahan affiliate marketing. Walau bagaimanapun pengalaman antara blogger tidak semestinya sama.

Apa yang saya tulis di sini ialah kelebihan dan kelemahan affiliate marketing yang telah saya pelajari sepanjang terlibat dalam jana income online melalui affiliate marketing.

Kelebihan Affiliate Marketing

a. Senang untuk bermula - Kebanyakan affiliate program produk-produk online yang ada dalam pasaran sekarang amat mudah untuk menjadi ahli. Anda hanya perlu mendaftar dan akan diterima dengan pantas.

Anda boleh bermula mempromosikan produk affiliate anda serta-merta selepas mendaftar dan diberikan affiliate link untuk mempromosi

b. Anda boleh menjadi ahli affiliate untuk banyak produk dalam satu masa dan mempromosikannya dalam satu website atau blog post yang sama. Anda boleh memberi pelanggan pilihan dan anda mempunya kebebasan untuk mempromosikan produk-produk tertentu sahaja.

c. Website anda tidak terganggu dengan banner-banner iklan yang banyak. Website atau blog anda akan kelihatan lebih kemas dan teratur. Kekemasan website dan kelajuan page loading akan mempengaruhi page ranking dan traffic anda. Biasanya website/blog yang page loading time pantas akan lebih digemari pengunjung kerana mereka tidak perlu menunggu lama.

Jika anda mempunyai banner iklan yang banyak seperti mana google adsense, ianya akan melambatkan loading time blog atau website anda. 

Artikel ini akan bersambung di PART 2  - Adakah Adsense dan Affiliate Marketing dibenarkan dalam satu blog yang sama dan yang mana satu lebih menguntungkan Affliate Marketing vs Adsense.
Load disqus comments

0 ulasan