Punca SEBENAR Buat Duit Dengan ADSENSE 2017 Jatuh Menjunam: Adsense Akan Ditamatkan?

Jika anda adalah blogger dan menggunakan Adsense untuk buat duit online, tentu anda sedar bahawa income dari Adsense anda mengalami penurunan yang ketara dalam tahun 2017 ini.

Ianya terjadi kepada saya, dan juga rakan-rakan blogger saya yang lain. Yang pastinya, kejatuhan income Adsense dalam tahun 2017 ini adalah masalah yang dihadapi oleh semua blogger dan publisher di Malaysia dan mungkin juga seluruh dunia.

Buat masa ini Google Adsense masih menjadi pilihan popular kebanyakan blogger di Malaysia, sila rujuk post terdahulu kami mengenai buat duit dengan Adsense di Malaysia terutamanya sejak Google membenarkan Adsense dalam Bahasa Melayu.

Lantas apakah punca income Adsense anda jatuh?

buat duit dengan adsense 2017

Ianya adalah trend/perubahan

Saya ada berhubung dengan kawan-kawan blogger yang lain, rata-rata berpendapat ini adalah trend dan trend ini akan berterusan. Ianya mungkin akan menjadi baik selepas berberapa waktu, atau mungkin juga akan terus menjunam terus.

Ramai yang berpendapat ini bakal kemungkinan  akan membawa kepada kejatuhan Adsense dan Adwords sebagai platform pengiklanan dari Google.

Jika ini berlaku adakah Google masih boleh bertahan sebagai 'search engine' terbesar dan utama lagi selepas ini? Nampaknya Facebook telah muncul sebagai saingan utama Google yang sukar di atasi dan ditewaskan.

Pengguna online 'Ads Blind'

Suka atau tidak kita harus mengakui bahawa kebanyakan pengguna sekarang semakin bijak dan biasa dalam membezakan yang mana kontend (content) dan yang mana iklan.

Ini menyebabkan mereka akan 'ignore' tidak melihat langsung iklan yang ada dalam blog anda dan concentra kepada content blog anda sahaja.

Ini menyebabkan jumlah clik anda akan berkurang begitu juga income anda.

Pengiklan (advertiser) memilih Facebook sebagai cara baru mengiklan online

Saya ada membuat sedikit kajian kerana saya adalah pengguna platform pengiklanan Adwords (milik Google) dan pengiklanan Facebook. Terdapat perbezaan yang agak ketara, dan dari segi aspek "targeted ads" pengiklanan menggunakan Facebook lebih sesuai dan berbaloi.

Pengiklanan untuk memperkenalkan aspek jenama untuk pengguna yang spesifik juga bagus dibuat menggunakan Facebook. Pengguna juga semakin ramai yang menggunakan Facebook sebagai 'search engine' kerana Facebook dan Bing telah menjalin kerjasama.

Ini bermakna menjadi lebih mudah, sesuai dan murah untuk membuat pengiklan mengunakan Facebook berbanding Google Adwords.

Dari aspek ini, memang berlaku peralihan advertiser sekarang mulai meninggalkan Google Adwords dan beralih kepada pengiklanan menggunakan Facebook.

Jika ini berterusan, jumlah iklan yang muncul di Google Adsense anda akan berkurangan, murah dan juga tidak releven dengan kandungan blog anda. Seterusnya pendapatan Adsense anda juga berkurangan.

Pengguna Mobile

Jika anda mahu terus menjana wang menggunakan Adsense, anda kena pertimbangkan untuk menukar blog and kepada mobile friendly dan boleh memaparkan iklan Adsense untuk Mobile. Jumlah pengguna mobile sekarang ini semakin meningkat atau mungkin sudah mengatasi jumlah pengguna desktop.

Jika blog anda tidak mobile friendly, anda kehilangan jumlah traffik yang amat banyak dan besar. Anda rugi besar jika tidak beralih kepada mobile friendly blog.

Apa yang telah saya pelajari?

Dari pemerhatian-pemerhatian ini, saya sedang mempertimbangkan  mencari alternatif untuk mengantikan Google Adsense. Ianya bukan sekarang tapi pada masa akan datang anda tiada pilihan dan perlu berhijrah dari Google Adsense kepada platform pengiklanan yang lain.

Tentu ada masa-masa sesuatu itu akan menjadi tidak popular lagi dan digantikan dengan benda baru yang lebih popular, mudah dan menguntungkan. Usaha buat duit dengan Adsense juga bakal menghampiri penghujungnya. Contoh jelas ialah bagaimana kita melihat pengiklan (advertiser) berhijrah dari Google Adwords ke Facebook untuk kaedah pengiklan yang lebih berkesan dan baru.
Load disqus comments

0 ulasan