Kursus DIPLOMA SENI KULINARI Di POLITEKNIK Mendapat Sambutan Pelajar Lepasan SPM

Pada 9 Julai 2014 akhbar Utusan Malaysia ada menyiarkan artikel mengenai program atau kursus baru iaitu Diploma Seni Kulinari yang ditawarkan di politeknik. Kursus ini untuk permulaan akan ditawarkan di politeknik iaitu Politeknik Merlimau Melaka.

Anda boleh membaca kenyataan akhbar tersebut di SINI

Kursus Diploma Seni Kulinari di Politeknik Merlimau Melaka

Diploma Seni Kulinari ini ditawarkan di politeknik untuk menampung permintaan industri yang semakin meningkat dan memerlukan tenaga kerja yang mahir dan pakar dalam bidang ini.

Dewasa ini kita mendapati bahawa bidang hospitaliti adalah bidang yang semakin meningkat dan menjadi tumpuan. Hasilnya ramai pelajar yang memilih bidang ini kerana peluang pekerjaan yang banyak dan potensi masa depan yang amat luas. 


Pelajar lulusan dalam bidang seni kulinari bukan sahaja mempunyai peluang pekerjaan yang banyak dan luas sama ada dalam atau luar negara, tetapi juga mempunyai peluang untuk membuka perniagaan berasaskan makanan sebagai kerjaya masa depan. 

Peluang pekerjaan

Pelajar yang memiliki kemahiran dan kelulusan dalam bidang seni kulinari berpeluang untuk mencebur diri berkerja dalam bidang-bidang berikut:

- Pembantu dan tukang masak di hotel, resort, industri kapal persiaran, hospital, asrama, kedai makan, katering penerbangan dan lain-lain.
- Chef penyelidikan dan pembangunan.
- Pengkritik, wartawan atau penulis makanan, perunding dalam pembuatan dan pengeluaran pelbagai jenis makanan berkualiti.
- Penolong Pengurus dan pengawal dalam pengurusan makanan dan minuman (F&B).
- Meraih kerjaya sebagai jurujual atau perunding makanan dan katerer.

Pelajar yang berminat untuk mengikuti kursus Diploma Seni Kulinari di Politeknik boleh memohon, walau bagaimanapun tempat yang ditawarkan adalh terhad iaitu hanya akan mengambil 40 pelajar pada setiap semester.

Pelajar yang berjaya akan menjalani kursus tersebut dan menamatkannya dalam tempoh 3 tahun. 

Pelajar yang berminat untuk memohon memasuki politeknik untuk kursus Diploma Seni Kulinari boleh memohon terus dengan pihak pengambilan pelajar politeknik.

Anda dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak politeknik untuk mendapat maklumat lanjut dan terkini mengenai pengambilan pelajar baru dalam bidang Diploma Seni Kulinari di Politeknik.
Load disqus comments

0 ulasan