Maxis Scholarship (BIASISWA MAXIS) Programme Untuk PELAJAR Dalam Negara Dan Luar Negara

Maxis Scholarship (Biasiswa Maxis) programme untuk pelajar dalam negara dan luar negara tahun ini kembali ditawarkan untuk pelajar yang layak dan berminat untuk memohon. Pelajar yang belum mendapat tajaan dari mana-mana pihak boleh cuba merebut peluang ini.

maxis scholarship (biasiswa maxis) for foreign / local university

Maxis scholarship atau Biasiswa Maxis ini terbuka kepada semua pelajar Malaysia yang berkelayakan untuk memohon terutama kepada para pelajar yang sudah mendapat tempat atau tawaran untuk belajar di universiti tempatan atau luar negara adalah digalakkan untuk memohon.

Pelajar yang memohon juga perlu mempunyai kelayakan akademik yang baik dan berminat dalam bidang keusahawanan dan bekerja dalam persekitaran yang pantas.

Pemohon juga wajib mempunyai kebolehan menulis dan bertutur dengan baik dalam Bahasa English. Rasanya ini salah satu kriteria yang amat penting juga yang anda perlu ada untuk melayakkan diri memohon.

Keutamaan diberikan kepada mereka yang mempunyai pengalaman berkerja sekurang-kurangnya 3 tahun dan mempunyai nilai/perwatakan kepimpinan yang tinggi.

Selain itu anda juga mestilah seorang yang sukakan cabaran, bermotivasi dan perwatakan yang dinamik.

Kriteria di atas adalah syarat-syarat asas sahaja. Untuk yang lebih terperinci anda boleh berhubung terus dengan pihak Biasiswa Maxis untuk maklumat lanjut.


Tarikh Tutup Permohonan

Jika anda berminat untuk mendaftar, sila semak tarikh tutup menghantar permohonan di laman Website Rasmi Maxis. 

Anda dinasihatkan untuk menghantar permohonan sebelum atau pada hari tarikh tutup yang ditetapkan dalam iklan Biasiswa Maxis di laman web rasmi mereka.

Sila rujuk di sini maklumat lebih terperinci dan tentang cara-cara memohon Biasiswa Maxis  

Maxis scholarship Interview

Ada yang bertanya, adakah akan ada sesi Maxis scholarship interview kepada mereka yang disenarai pendek (shortlisted)? Biasiswa dari syarikat-syarikat korporat biasanya akan adakan interview untuk pelajar-pelajar yang dipilih untuk mendapat biasiswa dari mereka.

Tidak terkecuali Maxis scholarship juga akan mengadakan interview untuk calon-calon yang kena shortlisted untuk biasiswa mereka.

Untuk mempersiapkan diri anda menghadapi Maxis scholarship interview, ada banyak tips-tips yang ada. Anda hanya perlu cari internet. Salah satu perkongsian pengalaman mengadiri temuduga Maxis ialah di sini.

Maxis Scholarship Postgraduate

Untuk maklumat terkini mengenai Maxis scholarship postgraduate, anda digalakkan berhubung terus dengan pihak Maxis. Ketika ini belum ada maklumat mengenai biasiswa maxis untuk pelajar postgraduate. 

Jika berminat anda digalakkan untuk berhubung terus dengan Maxis Malaysia.

Kepada yang memohon Maxis Scholarship (Biasiswa Maxis) kami mengucapkan semoga berjaya. Sebelum memohon sekali lagi ada digalakkan membaca dengan teliti maklumat-maklumat berkaitan biasiswa ini untuk menyediakan anda.
Load disqus comments

0 ulasan