OCBC Malaysia SCHOLARSHIP Borang Permohonan Online (DOWNLOAD)

OCBC Bank Malaysia menawarkan biasiswa (scholarship) untuk pelajar Malaysia yang mempunyai keputusan akademik yang tinggi. Peluang ini terbuka untuk para pelajar Malaysia yang belum mendapat tajaan pengajian dari mana-mana sumber boleh mencuba nasib untuk memohon biasiswa ini.

Seperti mana biasiswa korporat yang lain seperti Biasiswa Petronas, Biasiswa Shell Malaysia, Biasiswa IJM dan lain-lain, Biasiswa OCBC Bank Malaysia ini juga mewajibkan pelajar di bawah tajaannya untuk berkhidmat dengan OCBC Bank selepas pelajar tersebut menghabiskan pengajian mereka.

OCBC Malaysia Scholarship Application Form Online download

Ini bermakna, pelajar di bawah tajaan OCBC Bank akan terus ditawarkan pekerjaan sebaik sahaja mereka menamatkan pengajian mereka dengan jayanya.

Apa yang baik dalam sistem ini ialah pelajar tersebut sudah mempunya pekerjaan tersedia selepas mereka menghabiskan pengajian mereka kelak.

Ini membolehkan pelajar tersebut tidak perlu risau mengenai pekerjaan selepas habis pengajian dan dapat menumpukan sepenuh perhatian menimba ilmu dan usaha untuk belajar dan mendapat keputusan yang baik dalam pengajian mereka.

Sering kali kita mendengar ramai pelajar yang menghadapi kesukaran mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian. Biasiswa OCBC Bank ini tentunya amat baik dan peluang baik untuk direbut oleh pelajar yang layak dan berminat.

Untuk membuat permohonan anda boleh membaca info lanjut di Biasiswa OCBC Bank Malaysia

Maklumat lengkap dan cara-cara membuat permohonan ada dijelaskan dengan terperinci di sana. Anda juga digalakkan untuk berhubung terlebih dahulu dengan pihak OCBC Bank untuk maklumat terkini sebelum menghantar permohonan anda.

Jika anda berminat dan layak, apa yang perlu anda buat adalah memuat turun borang permohonan dari laman web rasmi OCBC bank. 

Jika anda berminat dan memohon OCBC Malaysia Scholarship, kami mengucapkan semoga berjaya. Sila kongsikan maklumat ini kepada kawan-kawan anda yang mungkin berminat.
Load disqus comments

0 ulasan